Resepi Lala Goreng Simple yang tak perlu banyak bahan. Siap dalam masa 10 minit dan rasanya macam makan kat kedai. Sis paling suka buat, lagi-lagi kalau dapat isi lala yang besar dan ‘gemuk’.
Lala ni sejenis seafood, macam kerang juga. Cumanya harganya tak semahal kerang. Kalau sebungkus boleh dapat harga dalam RM9-RM13. Tengok kedai jugak, ada yang tawarkan harga lebih murah sedikit.
Artikel Lain: Resepi Daging Goreng Kunyit Sedap & Simple
Tapi sis tak tahu kat pasar jual berapa. Jarang ke pasar sebab malas nak bersesak-sesak untuk beli beberapa bahan basah. Baik layan kedai Acheh yang juga jual macam-macam barangan mentah.
Resepi Lala Goreng Simple Yang Sedap
Tapi untuk mereka yang ada masalah gout, diingatkan supaya tak sentuh seafood ini kerana boleh sebabkan penyakit ini menyerang. Kalau ‘dia’ datang, sakitnya memang tak boleh menahan.
Sis tak tahu tapi itulah yang member kongsi. Katanya kalau nak masuk kaki kat selipar pun tak boleh, apatah lagi kalau disentuh.
Sis bayangkan sakitnya macam orang perempuan nak bersalin kot. Atau lebih teruk dari itu. Hanya mereka yang kena dan selalunya menyerang lelaki.

Okay, berbalik pada resipi mudah Lala Goreng Berlada ini, sis cuma perlukan beberapa bahan saja. Yang penting ada lala, tak kisah untuk berapa orang makan.
Tetapi diingatkan juga kalau rasa tak cukup, belilah dua bungkus terus sebab dalam sebungkus, tak la banyak sangat isinya.
Makan macam tu je pun sedap. Kata orang meratah sambil membawang. Sis tak suka beli yang dah siap kopek, macam tak ngam dengan tekak. Tapi biasanya kalau goreng Aglio ramai pilih lala siap kopek. Dan kalau beli yang belum kopek, ada cara bersihkannya untuk pastikan lala tidak berbau hanyir.
Artikel Lain: Roti Wholemeal Khasiat Lagi Menyihat
Resepi Lala Goreng Simple Berlada
Bahan-Bahan
- Sebungkus lala
- 3 ulas bawang merah – tumbuk
- 2 ulas bawang putih – tumbuk
- Serai – diketuk
- 1 tangkai cili besar merah – tumbuk
- Bahan perasa secukupnya

Cara Membuat:
- Basuh bersih lala & ketepikan.
- Panaskan minyak dan masukkan bahan tumbuk. Biarkan hingga naik bau. Goreng sekali dengan serai.
- Masukkan lala tadi.
- Masukkan bahan perasa secukupnya. Kaup balik & apabila lihat lala sudah terbuka, bolehlah diangkat. Hidangkan.

Sebenarnya jika kita cari, ada pelbagai jenis resepi menggunakan lala ini. Antara yang popular dala carian internet sudah tentulah resepi lala masak serai Che Nom, resepi lala masak serai Azie Kitchen, lala masak pedas Khairul Aming, resepi lala masak pedas ala Thai dan juga resepi lala Shiela Rusly.
Tetapi ada juga yang menyediakan resepi lala mengikut citarasa masing-masing. Kata orang ikut selera asalkan dapat menikmati hidangan seafood yang enak ini. Atau buat saja resepi lala goeng simple gerenti jadi.
Oleh sebab itu ada juga yang masak sedikit kelainan seperti resepi lala goreng kunyit, resepi lala goreng Cili Padi, resepi lala goreng tomyam, resepi lala goreng kari ataupun resepi isi lala goreng kunyit.
Dengar nama resepi je dah buat kita lapar dan membayangkan kesedapannya. Namun walau apa cara masak sekalipun, jangan lupa untuk basuh bersih lala sebelum di makan. Sis nak share juga resepi lala masak pedas yang dikongsi dari Che Nom. Cara masak dan penyediaan bahan-bahan juga mudah.
Resepi Lala Masak Pedas Che Nom
Bahan-Bahan:
- 1/2 kg lala
- 1 sudu besar sos ikan
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar sos cili
- 1 batang serai, dititik
- 2 helai daun limau purut, dicarik kasar
- sedikit air asam jawa
- garam dan gula secukup rasa
- 3 sudu besar minyak masak
- daun ketumbar, hiris kasar
- Bahan kisar halus:
- 4 biji cili merah
- 4-5 biji cili padi
- 1/2 inci halia
- 3 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
Cara Penyediaan:
- Basuh lala dan rendam seketika untuk keluarkan sisa kotor. Bilas dengan air dan toskan.
- Panaskan minyak dan tumis bahan kisar halus sehingga wangi.
- Masukkan serai, sos tiram, sos ikan dan air asam jawa.
- Masukkan lala dan limau purut, kacau bersama baham tumis dengan sekata. Tambahkan sedikit air supaya berkuah dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Sedap jika dilebihkan sedikit gula.
- Angkat dan taburkan daun ketumbar.
Yang tak minat lala, korang boleh cuba resepi Kerang Masak Kam Heong. Kerang juga mempunyai khasiat tersendiri dan salah satunya dapat tingkatkan hemoglobin dalam darah. Resepinya juga cukup mudah dan kalau rasa nak makan kerang, boleh mencubanya sendiri.
Tip: Untuk pastikan kuali tidak rosak, goreng guna kuali lama (yang mak-mak kita selalu guna. Jangan pakai kuali jenis Tefal & sekutu dengannya. Takut rosak kerana kulit lala tajam dan boleh calarkan kuali tadi. Begitu juga kalau nak goreng kerang, elakkan guna kuali jenis ini. Sebenarnya pakai kuali lama mak-mak kira rasa lebih sedan sebab saiznya yang melengkung membuatkan semua bahan digaul sebati.
Artikel Lain: Cara Basuh Lala Elak Hanyir