Haji Ifrad | Apa itu haji ifrad, kenapa pilih haji ifrad dan ada berapa sebenarnya jenis haji yang perlu kita tahu? Haji Ifrad merupakan salah satu jenis haji selain Haji Tamattuk dan Haji Qiran. Perjalanan Haji Ifrad sedikit berbeza berbanding Haji Tamattuk dan Haji Qiran.
Kebaikan atau kelebihan mengerjakan Haji iIrad adalah dikatakan lebih afdal (mengikut Mazhab Syafi’e) tetapi jemaah perlu berada dalam jangka masa lama berada dalam ihram haji. Namun bagi mereka yang mengerjakan Haji Ifrad juga tidak akan dikenakan dam.
Haji Ifrad adalah seseorang jemaah itu mengerjakan haji dalan bulan-bulan haji dan kemudian barulah mengerjakan umrah. Sepanjang tempoh sebelum sampai masanya hari wukuf, di Arafah, jemaah perlu berada dalam larangan ihram sehinggalah selesai lakukan lontaran Jamratul Kubra pada 10 Zulhijjah (Wajib Haji) untuk membebaskan diri dari 10 dari 13 larangan dalam ihram. Apa itu 13 larangan dalam ihram haji? Setiap jemaah perlu ambil berat mengenai larangan ini ketika dalam ihram.
Kenapa Pilih Haji Ifrad
Sewaktu sis dan suami dapat tawaran haji pada 1443H/2022, kami mula melakukan persiapan dan antara yang menjadi perbincangan pastinya nak lakukan haji apa di sana nanti. Kita perlu bincang betul-betul untuk pilih buat haji apa, jangan seorang nak buat Haji Tamattuk dan sorang lagi nak buat Haji Ifrad atau Qiran.
Setelah sis dan suami lakukan sedikit research (melihat tatacara haji di Utube), kami akhirnya sepakat untuk memilih lakukan Haji Ifrad. Setelah tetap hati nak buat, kami terus panggil Ustaz untuk memberikan penerangan terperinci mengenai perjalanan Haji Ifrad ini. Sooo pada saat kami berlepas pada 27/6 lalu, memang sudah tetap pilih Haji Ifrad.
Tak cukup dengan penerangan ustaz, kami layan pula perjalanan Haji Ifrad ini di saluran utube. Korang search je pasti akan cuba tatacara lakukan Haji Ifrad ini.
Dalam hati berkata agak sukar juga memandangkan sebelum wukuf akan berada dalam larangan ihram ini. Tetapi bagi mencabar kemampuan diri dan memilih yang terbaik untuk perjalanan haji kami, sis dan suami tidak teragak-agak meneruskan niat melakukan Haji Ifrad.
Yang kelakarnya ketika ditanya petugas Tabung Haji ketika waktu berangkat di Movenpick Tabung Haji KLIA, berapa orang yang lakukan Haji Ifrad, hanya beberapa pasangan yang mengangkat tangan (rasanya dalam 10 orang saja termasuk kami) yang lain rata-rata memilih buat Haji Tamattuk. Sis hanya berdoa agar urusan untuk lakukan Haji Ifrad ini dipermudahkan Allah.
Dengan sis yang takde langsung pengalaman lakukan umrah di tanah suci (tidak seperti jemaah lain, ada pengalaman buat umrah terlebih dahulu), jadi sis anggap perjalanan haji 1443 paling bermakna dan mencabar kerana belajar dari A-Z mengenainya. Jadi sebelum pergi hanya membayangkan macam mana rupa Kaabah itu hanya dalam kepala saja. Belum orang cerita masuk ikut pintu itu pintu ini, sis hanya ngangga sambil senyum dalam hati.
Cara Buat Haji Ifrad
Makanya, kali ini sis nak share cara buat Haji Ifrad mengikut pengalaman yang dilalui oleh sis dan suami. Sebelum berangkat ke Movenpick, kita perlu lakukan mandi sunat, potong kuku dan beberapa lagi amalan sunat yang dilakukan sebelum bertolak pergi.
Oleh kerana kami akan checkin di Jeddah, jadi kami semua jemaah perlu berniat di Qarnul Manazil. Niat bagi jemaah yang nak lakukan haji Tamattuk, Ifrad atau Qiran.
Menurut pilot, dua kali makan lepas ketiga barulah kita akan terus berniat untuk itu. Semua jemaah perlu memakai pakaian ihram (bagi lelaki) dan perempuan menutup aurat dan sebaik kita berniat, jemaah akan berada dalam larangan ihram. Ada 13 perkara atau pantang larang ihram ini .
Niat Haji Ifrad
Sebaik flight melintasi Qarnul Manazil, sis dan suami terus berpesan satu sama lain untuk berniat lakukan Haji Ifrad. Niatnya adalah:
“Sahaja aku menunaikan haji dan aku berihram dengannya kerana Allah Taala”
Sebaik berniat, makanya sis dah dalam ihram haji dan hanya akan lepas larangan sebaik lakukan tahalullul awal (melakukan 2 dari 3 perkara, melontar Jamrah Kubra, Tawaf atau Saei dan Bercukur). Allahukhbar, waktu berniat itu, perasaannya cukup lain. Gementar ada, gembira, sebak dan syukur kerana dipilih menjadi tetamuNya untuk musim haji 1443H lalu.
Waktu itu fikiran kita hanya mahu tumpukan soal ibadah menjelang wukuf (ketika itu adalah dalam tempoh 13 hari sebelum menuju wukuf) dan dalam tempoh ini kami jemaah Haji Ifrad perlu berada dalam larangan ihram. Iaitu tidak boleh melakukan 13 larangan dalam ihram ini bagi menjaga ibadah haji itu sendiri.
Perlaksanaan Haji Ifrad
Bagi jemaah yang buat Haji Ifrad sebaik sampai di Mekah, kami sunat untuk lakukan Tawaf Qudum atau tawaf selamat datang. Tawaf Qudum ini disunatkan bagi mereka yang melakukan Haji Ifrad dan Haji Qiran atau sekadar menziarahi/sebaik tiba di Mekkah.
Jemaah juga boleh terus lakukan Saei Haji untuk memudahkan urusan nanti. Jadi sis dan suami terus lakukan Tawaf Qudum sebaik selesai urusan di penginapan jemaah muassasah di Land Premium Hotel.
Waktu inilah sis sebenarnya diduga oleh Allah untuk melihat jujur mana hambaNya ini. Oleh kerana sis pertama kami dalam hidup melihat Kaabah depan mata dan masuk Masjidil Haram dan pertama kali lakukan tawaf jadi segalanya sedikit kekok. Walaupun dah tengok setiap hari cara perjalanan tawaf di utube dan kemudiannya mengikut suami di sana tetapi cabarannya berlainan.
Sebelum itu kalau tengok utube pun, untuk lakukan tawaf kita mesti dalam keadaan berwuduk. Lain dengan Saie, kalau kita uzur atau tiada wuduk pun masih boleh lakukannya. Kalau tawaf jika ada perkara membatalkan wuduk misalnya terkeluar angin atau bahasa mudahnya kentut, maka batal terus tawaf kita.
Dan inilah yang terjadi pada sis, rasanya dalam pusingan ke lima atau enam, sis rasa macam dah terkentut tetapi masih meneruskan pusingan. Dia rasa macam was-was, perasaan macam angin dan terlepas atau tidak. Tetapi oleh kerana kita pertama kali jadi macam teruskan juga. Padahal boleh berhenti tepi untuk ambik wuduk secara spray saja dan kemudian masuk tawaf untuk teruskan pusingan.
Dugaan Buat Haji Ifrad
Masa ni tak beritahu suami dan terus mengikutnya lakukan ibadah saie sebanyak 7 pusingan. Dalam perjalanan balik sis terfikir adakah ibadah tawaf dan saie sempurna untuk Haji Ifrad atau tidak. Dalam setiap hotel petugas TH menyediakan perkhidmatan kaunseling dengan Ustaz/Ustazah bagi yang ada kemusykilan bab haji.
Jadi sis ambil kesempatan bertanya mengenai kesempurnaan tawaf dan saei yang sis lakukan dan menurut Ustazah tawaf sebelum terkeluar angin sah tetapi selepas itu terbatal dan perlu lakukan semula. Aduhai inilah dugaan yang sis lakukan sebab sebelum itu nak lakukan tawaf pun sudah bersesak2 dengan jemaah lain.
Makanya sebelum masuknya waktu maghrib, sis sempurnakan ibadah Tawaf Qudum seorang diri dan sementara menunggu solat Isyak sis sempurnakan pula Saei haji. Masa ini masyaAllah ramainya jemaah dan dengan sisa tenaga yang ada habiskan juga tujuh pusingan saei.
Alhamdulillah lepas lakukukan walau perlu berasak-asak dan lemah lutut memandangkan buat dua kali dalam tempoh sekejap, tetapi perasaan lega setel lakukan dua ibadah ini. Sepatutnya lakukan berapa pusingan yang batal, tetapi sis lakukan dari pusingan satu hingga tujuh. Maklum pertama kali jadi mahu ibadah kita lebih sempurna.
Sooo sis nak ingatkan jangan main-main bab terkeluar angin ini. Nampak simple tetapi boleh batalkan wuduk kita dan memang tak sah terus tawaf dilakukan. Perkara ini beri pengajaran bab taharah ini (terutama bagi wanita) sangat penting bagi setiap jemaah haji perlu tahu sebelum melakukan rukun/wajib haji lain.
Sepanjang 13 hari sebelum mengerjakan wukuf, kami berada dalam ihram. Makanya 13 larangan haji perlu dipatuhi dengan sebaiknya. Jujur sis katakan bukan senang untuk melakukannya terutama bagi jemaah lelaki. Bayangkan 13 hari itu perlu berpakaian ihram untuk makan, sidai kain, duduk di bilik, solat, tidur dan sebagainya.
Kalau di luar bilik, kita nampak jemaah pakai ihram itu tandanya dia melakukan Haji Ifrad. Bagi yang lakukan Tamattuk mereka bebas berpakaian biasa kerana sudah selesai lakukan umrah haji dan hanya menunggu detik hajj sebenar.
Pergaulan dalam bilik juga perlu diambil kira kerana kita tak boleh dalam keadaan laghoo dan perlu isi masa yang ada dengan bertalbiah, baca quran, zikir dan lakukan ibadah lain. Boleh bertegur sapa dengan rakan sebilik, tetapi perlu ada batasnya.
Bagi jemaah perempuan hanya perlu menjaga aurat dan pastikan tidak menarik/cabut rambut sesuka hati atau memakai bau wangian yang boleh dikenakan dam jika tak sengaja dilakukan. Apa-apa pun sis sentiasa bersedia dengan duit kecil sebagai bayaran dam. Pihak TH ingatkan kalau nak bayar dam berikan pada petugas/cleaner di sekitar masjidil haram.
Pengalaman Haji Ifrad Wukuf Di Arafah
Menjelang hari wukuf di Arafah semua jemaah bertolak sehari lebih awal. Sebaik solat Zuhur, kami diminta duduk dalam bilik menunggu saat keberangkatan ke Arafah. Sepanjang perjalanan ke Arafah dalam bas jemaah bertalbiah tanpa henti. Serius terasa sebak dalam hati sis, macam2 perasaan bercampur baur waktu itu. Hanya Tuhan yang tahu dan hanya Dia yang berkehendak kita jadi tetamuNya tahun itu. Allahuakhbar.
Sampai di Arafah yang kita bayangkan padang pasir tandus, rupanya memang di padang pasir tetapi ada deretan khemah menanti setiap jemaah. Khemah ini disediakan kerajaan Arab Saudi untuk musim haji mengikut negara masing-masing. Keadaan agak selesa dengan adanya tilam, bantal, kipas, makanan/minuman free flow walaupun tilam disediakan seperti sebesar keranda.
Ketika di Arafah dari petang ke malam, kami memperbanyakkan zikir, mengaji dan melakukan ibadah lain. Masing-masing berdebar menanti detik sebenar Hajj itu. Waktu ini sudah ramai jemaah yang mencari port privasi sendiri sambil membawa tikar atau karpet disediakan pihak berwajib.
Keesokan hari ada siaran khutbah yang dibacakan Ustaz Khairul dan terasa sayu tatkala mendengar khutbah disampaikan. Kami jemaah tahun lepas amat beruntung bukan sahaj wukuf jatuh hari Jumaat tetapi juga Haji Akhbar. Allahuakhbar nikmat mana lagi yang mahu kau dustakan.
Masuknya Zuhur bermulalah saat wukuf di Arafah ini dan inilah masanya kita mempertingkatkan amalan dengan berdoa meminta Allah mengampuni dosa-dosa yang kita lakukan. Oleh kerana cuaca sangat panas, sis hanya berada dalam khemah membacakan doa kawan-kawan yag dikirim. Tak kisah baca di luar atau dalam khemah janji kita berada di bumi Arafah, salah satu waktu mustajab ketika berdoa.
Kami hanya meluar lepas Asar dan membacakan doa untuk kami sekeluarga. Mendoakan agar keluarga sis, anak-anak sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayangMu. Sis masih ingat beberapa minit sebelum masuknya 11 Zulhijjah, bersama teman Hajah Ummu Hanu dan Yana mengambil kesempatan berdoa buat kali terakhir sambil menghadap matahari terbenam. Subhanallah indah sungguh momen itu. Ramai jemaah turut berdiri mengambil kesempatan saat akhir sambil berharap agar doa diangkat terus dan dimakbulkan Allah.
Usai Maghrib, jemaah bersiap sedia meninggalkan bumi Arafah dan bersedia untuk Mabit di Muzdalifah. Ini merupakan Wajib Haji dan perlu dilakukan untuk berasa sepertiga malam di sana. Lagi sekali ingatkan ada khemah tetapi rupanya padang pasir luas terbentang. Kiri kanan jalan utama di sekitar Haram dan kami diturunkan untuk menuju ke tempat disediakan.
Duduk ditengah padang pasir beralas karpet dan terpaksa bersesak-sesak dengan ribuan jemaah dari Malaysia duduk dikarpet yang sama. Bayangkan dengan beg yang dibawa, terpaksa duduk dan tidur mengerekot melepaskan lelah seketika. Nabi Muhammad berehat di sini sebelu meneruskan perjalanan ke Mina. Di sini, dengan badan yang keletihan, mata yang seakan tidak boleh buka, sis hanya mampu berzikir/tahmid’selawat dalam hati. Berada di sini lebih kurang 4/5 jam sebelum berangkat ke Mina.
Sebab itu sis beritahu dan ingatkan, tahap fizikal dan mental seseorang itu perlu kuat. Kalau tak boleh koyak berdepan situasi ini. Maklumlah jika sebelum ini jarang bangun malam (sis la tu), tiba-tiba di sini perlu lakukan amalan ini kerana mengajar kita untuk lebih mendekati dan mencintai Allah.
Dugaan Haji Ifrad Di Mina, Buat Nafar Thani
Ketika di Mina untuk ibadah melontar, kami decide untuk buat Nafar Thani. Ini bermakna perlu menyempurnakan wajib haji dengan melontar pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Tahun lalu, perjalanan dari khemah Mina ke kompleks jamrah sejauh 5KM dan pergi balik kira-kira 10KM. Melalui laluan 3 terowong sebelum sampai ke destinasi dan berjalan secara santai dengan pasangan.
Kami dinasihat keluar melontar pada waktu malam usai solat Isyak. Waktu perjalanan ke sana jemaah bertalbiah dan berzikir memuji kebesaran Allah. Ada juga antara jemaah yang buat Nafal Awal, mereka ini hanya lakukan lontaran Jamratul Kubra pada 10 Zulhijjah dan kemudian pada 11 dan 12 Zulhijjah sebelum balik ke Mekah. Kebiasaannya mereka yang menaiki penerbangan balik awal dan melalui pakej swasta yang melakukan Nafar Awal ini.
Alang-alang dah berada di Mina dalam khemah yang cukup selesa, jadi kami deciede untuk lakukan ketiga-tiga ibadah melontar ini. Pengalaman yang satu ini sukar dicari lagi, jadi tiada hal berjalan sejauh 10 KM pergi dan balik. Selesai menunaikan ketiga-tiga ibadah melontar, kemudian kembali ke kota Mekah untuk sempurnakan Tawaf Haji dan seterusnya lakukan tahallul/bercukur maka lengkaplah sudah Haji Ifrad kami.
Oh yer keadaan di Mina juga tidak seteruk yang kita bayangkan. Khemah kami Maktab 48 berada betul-betul di bawah jejantas, jadi sedikit redup dan berdekatan dengan Masjid Kuwait. Apa lagi dah sebab dua hari tak mandi, kami ambil kesempatan bersihkan diri sebaik sampai dari Muzdalifah sebelum berehat seketika. Terasa segar dapat mandi dengan keadaan toilet di masjid yang masih tak ramai.
Kat sini kita janganlah pentingkan diri. Dapat bersihkan diri dari hadas kecil, cuci muka dan ambil wuduk pun dah kira rezeki. Namun ada juga yang ambil kesempatan mandi walaupun dalam keadaan mendesak. Bukan tak boleh mandi, tetapi lihat situasi kalau ramai atau ada orang lain lebih berkehendak untuk sucikan diri, baik bagi ruang terutama warga emas.
Dalam bab ini, terpulang pada sifat dan diri masing-masing, kerana bagi sis sisi ibadah kita pada Allah diukur dari semua segi, bukan saja lengkapkan ibadah haji tetapi bagaimana pergaulan/perbuatan kita pada orang lain (jemaah lain). Dekat Haram, tiada guna menyombong, tiada erti pangkat tinggi dan jawatan semua itu. Yang ada hanyalah diri kita dengan Maha Pencipta, bagaimana kita berhadapan denganNya dalam situasi yang sama dilalui semua jemaah.
Semua sama perlu berpakaian putih di Arafah dan sempurnakan Rukun/Wajib Haji yang sama. Perlu bersesak-sesak lakukan ibadah tawaf dan saei dan juga kena tempias dihalau oleh Petugas Askar Arab jika langgar peraturan ditetapkan dalam menjaga kesucian Rumah Allah ini. Bagi sis, merekalah insan paling ditakuti sepanjang berada di sana. Kalau dia kata tak boleh masuk, tunjuklah apa saja kad tidak akan dilayan.
Cuma di Mina bagi jemaah yang lebih berkemampuan, bolehlah tinggal di Hotel berdekatan Mina dan Kompleks Jamrah untuk urusan ibadah melontar ini (selalunya pakej swasta berbuat demikian). Macam kami jemaah Muassasah, syukur tinggal dalam khemah yang mana free flow makanan/minuman especially Magi Indomi (paling popular di sini).
Perjalanan yang sangat sukar tetapi berakhir dengan kemanisan yang sukar diungkap dengan kata-kata. Betapa kerdil diri ini dan bersyukur kerana dipilih menjadi tetamuNya dan Dia berkehendak kita untuk melakukan Haji Ifrad. Alhamdulillah kerana Allah permudahkan segala urusan sepanjang dari awal urusan ibadah hingga ke akhirnya.
Setelah selesai segala urusan Haji Ifrad, sis dan suami perlu laksanakan pula umrah haji bagi melengkapkan perjalanan haji tahun 1443H. umrah. Sebaik balik dari Mina, sis dan suami berehat seketika sebelum melakukan Umrah haji. Kata orang bagi rehatkan badan seketika sebelum lakukan umrah. Umrah ini masih boleh dilakukan dalam bulan-bulan haji.
Dan setelah selesai lakukan umrah haji, barulah sis dapat merasakan kemenangan sebenar kerana berjaya menyempurnakan ibadah haji kali ini. Biarpun ada dugaan yang dihadapi sepanjang penyempurnaan Rukun Islam kelima ini, tetapi sis puas kerana pertama kali buat tanpa ada pengalaman namun dipermudahkan segala urusan oleh Allah. Sis siap reward diri apabila selesai kerjakan Haji Ifrad.
Persediaan Tips Haji Sebelum Lakukan Haji Ifrad
- Berbincang dengan pasangan untuk pilih lakukan haji jenis apa. Jangan seorang pilih Tamattuk dan seorang lagi pilih Ifrad. Jika kedua-dua setuju nak lakukan Ifrad tetapkan pada yang satu.
- Perlu mempelajari dengan bersungguh-sungguh perjalanan Haji Ifrad ini. Ini kerana jemaah yang memilih ifrad dia akan berada dalam ihram untuk tempoh lama. Kata orang hanya yang cekal boleh melakukannya.
- Boleh lihat perjalanan Haji Ifrad di utube atau panggil ustaz untuk lebih pemahanan. Ingat kita bermusafir untuk tempoh 42/45 hari bukan setakat dua minggu sahaja seperti umrah. Perjalanannya sangat berbeza dan mencabar minda dan juga fizikal.
- Kebanyakan mereka yang pilih lakukan Ifrad memilih untuk masuk Mekah dulu barulah Madinah. Dan berada di Mekah sekurang-kurangnya dua minggu atau seminggu sebelum hari wukuf. Jika lebih lama dibimbangi merosakkan perjalana haji itu nanti.
- Bersedia mental dan fizikal kerana Haji Ifrad itu jemaah perlu berada dalam ihram untuk tempoh agak panjang. Jika tidak bersedia eloklah pilih saja lakukan Haji Tamattuk. Jemaah Malaysia 90 peratus memilih lakukan Haji Tamattuk.
- Lebih banyakkan iktikaf di masjid, berzikir, selawat bagi mengelak melakukan perkara laghoo terutama di bilik hotel. Ini antara tips haji yang perlu diambil tahu oleh setiap jemaah.
- Boleh terus bersangka baik dengan Allah. Sentiasa berdoa agar dipilih untuk menjadi tetamuNya. Dan bagi yang ada tunai umrah, jangan lupa kirim Doa Mustajab Depan Kaabah supaya dipilih untuk ke sana tunai haji pula.
Kelebihan Haji Ifrad
Sebenarnya ramai jemaah yang tidak tahu apa itu Haji Ifrad. Ada beberapa orang jemaah yang sis tanya ramai tidak tahu adanya jenis Haji Ifrad ini. Mereka hanya tahu Haji Tamattuk memandangkan jemaah Malaysia saja 90 peratus melakukan haji jenis ini. Jadi mereka tidak ambil tahu apa itu Haji Ifrad yang mana mempunyai kelebihan tersendiri.
Sepanjang musim haji, bukan semua jemaah boleh lakukan tawaf sesuka hati (kecuali untuk mereka yang lakukan umrah haji), jadi untung bagi jemaah yang lakukan Ifrad kerana sentiasa dalam ihram. Jadinya sedikit kelebihan bagi kami kerana dapat melalui pintu masuk utama terus ke mataf untuk lakukan tawaf sunat dan sekaligus mengambil peluang solat di depan Kaabah. Alang-alang boleh juga bacakan doa dikirim sahabat dan ini cara mudah kirim doa depan Kaabah.
Maklumlah orang paling ditakuti di Masjidil Haram ketika musim haji adalah askar/polis yang bertugas di semua pintu masuk untuk ke Masjidil Haram. Mereka yang berpakaian biasa (bagi lelaki) tidak boleh masuk sewenangnya dan perlu naik ke tingkat atas untuk roof top untuk solat. Bagi kaum wanita masih dibenarkan kerana tiada isu mengenai pakaian.
Jemaah Ifrad juga tidak perlu membayar dam korban seperti mereka yang lakukan Haji Tamattuk. Jadi kita akan sedikit jimat kerana kos lakukan korban agak mahal juga ketika di sana. Namun kalau berhajat lakukan korban tidak menjadi masalah. Banyak syarikat yang boleh melakukan ibadah korban ini.
Jadi bagi jemaah yang mahu memilih lakukan Ifrad, kena study dulu betul-betul dan tanya diri kita bersedia atau tidak lakukan Ifrad. Jika tiada kekuatan dan kecekalan itu, pilih sahaja lakukan Haji Tamattuk kerana lebih mudah dan menyenangkan.
Bagi sis, mahu mencabar diri dan merasai pengalaman yang berbeza berbanding biasa. Apatah lagi untuk pertama kali dalam hidup menyaksikan sendiri Kaabah depan mata. Terpulang pada keupayaan masing-masing kerana kita tahu sejauh mana kemampun diri untuk melakukan yang terbaik dalam menyempurnakan Rukun Islam kelima ini.
Baca Permohonan Rayuan Haji 2023 Online, Tips Mudah Guna Aplikasi THiJARI
Wow bagus ilmu ni utk semua umat Islam fahami
insyallah, panjang tapi infonya
Tahniah hajah. berjaya buat haji ifrad..bukan calang2 nih…
kannn, tapi semua dipermudah Allah
Tq kak kongsi pengalaman berharga dan info ini. Sangat bagus untuk yang bercadang nak buat haji ifrad ni nanti.
insyallah tapi hati kena cekal, hehe mukadimah tu kdg ramai lupa
Wow banyaknya info…nak kena hadam 1-1 ni . Maklumlaa x der pengalam
haa ye nnt seng kalau dpt panggilan thn depan
Terima kasih atas perkongsian. sangat bermanfaat. I’m sangat appreciated perkongsian ini.TQ
kalau ada nak tanya apa2 psl ifrad boleh je tanya…