Trip Umrah 2025 | Teringat pesanan dari pihak Tabung Haji cara untuk mengekalkan kemabruran Haji salah satunya adalah dengan berniat dan berhasrat untuk mengerjakan Umrah di Tanah Suci (jika diberi rezeki dengan izinNya).
Sejak pulang dari menunaikan fardhu Haji pada 2022, Sis memang berazam untuk kembali lagi ke sini. Siapa saja yang tidak rindukan Baitullah. Tiada tempat lain kita mahu pergi berulang kali pergi selain di Tanah Haram ini (Mekah & Madinah). Tanyalah mana-mana jemaah Haji, inilah tempat paling mereka rindui.
Rumah Allah yang satu ini memang cukup istimewa. Tarikannya yang tersendiri mampu buat hati, jiwa dan perasaan kita asyik terkenang-kenang dengan pengisian rohani serta spiritual yang diperoleh di sini. Kalau boleh setiap bulan atau tahun mahu datang, namun komitmen lain menyebabkan keinginan terbatas. Tapi ada yang pesan kalau dah ada niat jangan tangguh segerakan terus, ada rezekinya nanti.

Sesekali kita jadi rindu untuk sama-sama berjalan laju menuju masjid, iktikaf di ruang sejuk yang selesa, Tawaf Sunat berulang kali yang sangat membahagiakan (walau kadang dugaan ditolak ke kiri kanan) jemaah lain atau rindukan jua suara Azan dan Imam di Masjidil Haram atau di Masjid Nabawi yang bergema kuat di segenap ruang masjid hingga hati kecil dijentik rasa sebak.
Justeru, rasa rindu yang kuat ini menyebabkan Sis tekad kembali ke sini untuk menyampaikan segala rasa rindu yang bersarang di dada pada Pencipta kita. Kali ini Sis tidak membawa Abang Haji bersama, tapi teruja ajak adik-beradik yang disayangi untuk turut serta.

Trip Umrah 2025 Tiram Travel
Kala suarakan hasrat dua tahun lalu, masing-masing sangat tak sabar untuk sama-sama pergi dan bermulalah perancangan kembara dengan simpan duit agar berpeluang menatap lebih dekat Baitullah. Mereka serahkan pada Sis urusan mencari Travel Agent mana bersesuaian (agar tidak jadi manga penipuan), yang senang berurusan, lebih santai, menyeronokkan beribadah dan paling penting menyenangkan permusafiran sepanjang tempóh tertentu. Lagi-lagi Kakak, Cik Noor, Adik, Acu dan Kakak Ipar, Cik Ayu pertama kali mahu menjejakkan kaki ke Tanah Haram.
Dan kebetulan pula, sebelum ini ada buat Job berama Dato’ Mohd Husni Pengerusi Eksekutif Planet Mahir (Online Tuisyen) jadi secara tak langsung berhubungan rapat dengan isterinya Datin Norzanah atau mesra dipanggil Datin AnneZana yang juga rupanya buat Travel Agent untuk Umrah.

Baca Juga: Tuisyen Online SPM Murah, Serendah RM3. Daftar Segera Di Planet Mahir
Walaupun hanya baru merancang, tapi Sis sentiasa keep in touch dengan Datin AnneZana untuk bertanyákan pakej-pakej menarik yang ditawarkan oleh Laskar Haramain miliknya di bawah label syarikat Tiram Travel.
Dan akhirnya, kami adik beradik sepakat memilih Pakej Umrah 2025 bersama Laskar Haramain Tiram Travel yang memberi ruang permusafiran selama 12 hari melalui laluan Madinah dahulu, kemudian Mekah dan turut diberikan rezeki untuk bermalam di Taif.
Memandangkan ini juga adalah kali pertama pergi bersama TA (masa pergi Haji pergerakan kita terus saja diuruskan oleh Tabung Haji sebagai tetamu AgongNya) dan kali ini semuanya perlu diuruskan sendiri dengan bantuan TA.

Persiapan Mental Fizikal
Bermula dua bulan sebelum bertolak lagi, pihak TA sudah create Grup WA dan di sinilah kita berhubung antara satu sama lain. Sentiasa diingatkan tentang kelengkapan perjalanan (apa perlu dipakai, dibawa) juga amalan-amalan yang perlu kita lakukan sebelum berangkat. Kursus umrah juga tentunya diberikan secara percuma di mana-mana cawangan masjid berhampiran.
Terasa dekat dengan jemaah lain, apabila berhubungan secara maya dalam grup WA hinggalah masing-masing sudah bersedia melakukan permusafiran selama 12 hari. Memang kita perlu bersedia bukan saja mental tetapi fizikal. Jangan sesekali anggap pergi ke sini untuk tujuan melancong semata-mata, tetapi perjalanan ini sebenarnya memberi kita kekuatan rohani dalam menjalani kehidupan sebagai seorang KhalifahNya.
Sebagai hambaNya kita tinggalkan seketika urusan dunia, ketepikan dulu hal kerja-kerja pejabat yang tak habis, tolak tugasan hakiki uruskan hal rumah tangga, lupakan juga apa jua jawatan tinggi di tanah air demi Kota Haram. Di sini semua sama saja di sisi Allah, kita fokus beribadah (kalau boleh 24 jam) dan tiada apa-apa yang menghalang untuk kita abdikan diri pada Yang Maha Esa. Niatkan terus dalam hati sebelum bertolak lagi agar segala urusan ibadah padaNya dipermudah.

Perjalanan Bermula Madinah/Mekah
Dari kita sampai di KLIA, team Tiram Travel sudah ada untuk memberi taklimat sebelum perjalanan. Dengan diiringi doa, kami Jemaah seramai 41 orang diterbangkan khas terus dengan menaiki Amal Malaysia ke Madinah.
Sampai saja, terus diadakan lawatan ke Masjid Nabawi. Setiap penerangan diberikan cukup jelas dan ringkas. Tidak perlu meleret panjang kerana apa yang penting faham apa yang cuba disampaikan oleh Mutawif dan Mutawwifah. Sebaik kaki jejak Kota Madinah, rasa rindu pada Baginda yang memang menunggu umatnya datang lebih dekat pada Kekasih Allah ini.
SubhanAllah juga amat merindui Masjid Nabawi. Di sinilah jasad Baginda, Kekasih Allah ini dimaqamkan dan setiap hari Masjid ini memang tak putus menerima kunjungan tetamu untuk bertemu dan menyampaikan salam kepada Baginda SAW. Malah solat di Masjid Nabawi ini juga 1000 pahala berbanding solat di masjid lain.
Selama 4 hari berada di sini memang tak cukup tetapi memberi ingatan pada kita untuk sentiasa mengingati Rasulullah dengan cara mengunjungi masjid untuk solat, masuk ke Raudhah memohon doa padaNya dan sudah pasti perlu menggunakan kaedah booking di Nusuk.

Perjalanan seterusnya ke Kota Mekah dan kami memilih untuk menaiki bas. Sepanjang hampir 6 jam perjalanan, kami dijamu pemandangan bukit bukau berpasir sebelum akhirnya tiba di Mekah dan terus melakukan Umrah Wajib. Bersyukur kerana sepanjang berada 5 hari di Mekah, turut berpeluang melakukan umrah kedua dan pelbagai amalan sunat lain.
Apa yang sis boleh simpulkan, sepanjang 12 hari permusafiran bersama siblings (Cik Noor, Acu & Cik Ayu) memang sangat-sangat menyeronokkan. Kami sama-sama bergegas pantas ke Masjid Nabawi/Masjidil Haram setiap kali solat fardhu, beratur menunggu masuk ke Raudhah, berusaha untuk iktikaf lewat pagi (sampai tersengguk la Acu dek menahan mengantuk), sama-sama berzikir di saat lakukan Tawaf Umrah/Tawaf Sunat, berdoa dengan seikhlas hati betul-betul depan Multazam/Kaabah dan juga turut join melakukan ziarah di luar/dalam Kota Madinah/Kota Mekah tanpa merungut letih atau penat.
Baca Juga: Ini 20 Checklist Barangan Wajib Bawa Tunai Umrah Dan Haji Di Mekah
Paling best apabila dapat layanan first class dengan TA Tiram Travel yang bagi Sis memberikan service terbaik. Apa saja kehendak jemaah, akan dilayan dengan sangat baik oleh Mutawif Ustaz Ruzaini & Mutawwifah Hajah AnneZana. Apatah lagi dalam saat Sis diduga (ketika nak berlepas, Mutawwifah Hajah AnneZana banyak membantu dengan sebaiknya. Part ini memang Sis sangat hargai jasanya
Soooooo, bagi yang baru pertama kali nak pergi Umrah, tak perlu ragu-ragu untuk menggunakan service Laskar Haramain Tiram Travel, kerana kami jemaah kali ini memang sangat recommended untuk merasai pengalaman penyucian jiwa paling indah dan bermakna. Ukhwah terasa seperti adik-beradik walaupun hanya 12 hari bersama-sama dalam satu kumpulan.

10 Sebab Kenapa Pilih Tiram Travel
Sangat Beri Kerjasama
Sepanjang 12 hari permusafiran dari sebelum pergi lagi pihak Tiram Travel sangat-sangat membantu dalam segala persiapan untuk tunai umrah. Apa saja permasalahan berkenaan date penerbangan, pengambilan beg, booking Nusuk ke Raudhah, booking tiket train dan lain-lain urusan disempurnakan cukup baik oleh Mutawif Ustaz Ruzaini dan Mutawwifah Hajah AnneZana. Pendek cerita mereka berdua bersedia melayan segala pertanyaan yang berkaitan.
Pakej Mewah Tapi Harga Murah
Ini memang menjadi tageline TA ini dalam mempromosi setiap perjalanan umrah ke tanah suci. Walaupun banyak promosi menarik dari Tiram Travel, tetapi sis memang sangat galakkan untuk berada dalam bimbingan Mutawif Ustaz Ruzaini dan Mutawwifah Hajah AnneZana. Harga yang Tiram Travel tawarkan memang sangat mampu milik dengan menyediakan pakej hotel penginapan dekat dengan masjid sama ada di Madinah dan Mekah. Soo sapa-sapa yang berhajat, hubungi saja mereka dan mulalah kumpul duit sebagai persediaan awal.

Booking Serendah RM300
Walaupun kita dah plan setahun awal, untuk booking hanya perlu bayar RM300 sahaja. Dan jika tak jadi pergi 3 bulan sebelum penerbangan, wang depost akan dipulangkan kepada jemaah. Atau kita boleh tangguh untuk next promosi yang menarik juga. Pihak Laskar Haramain boleh berlebih kurang soal ini mengikut bajet setiap jemaah.
Hotel Penginapan Dekat
Ini adalah salah satu sebab kenapa pilih servis daripada Tiram Travel. Dengan harga RM7690, jemaah tinggal di hotel mewah yang jaraknya dekat dengan masjid. Misalnya di Mekah, semua jemaah menginap di Safwa Tower yang jarak sekitar 50 meter ke Masjidil Haram. Dengan kemudahan bilik yang selesa, sarapan 3 kali sehari membuatkan mereka yang pertama kali pergi terasa seronok untuk berulang-alik setiap hari ke masjid. Lokasi yang turut saja lift ke tingkat bawah, terus jemaah akan nampak Pintu 1 yang direct terus ke Mataf Area. Tapi jemaah lelaki yang berpakaian ihram saja dibenarkan masuk ke sini (tiada masalah untuk jemaah wanita).

Baca Juga: 13 Larangan Dalam Ihram Wajib Tahu Ketika Buat Haji Dan Umrah
Ziarah Luar Beri Kesedaran
Sangat puas hati dengan aktiviti program Ziarah yang diatur Tiram Travel. Sama ada di Madinah atau Mekah, kedua-duanya memberi impak terutama perjalanan Sirah Nabi SAW yang kita kadang-kadang hampir terlupa. Betapa terasa diri begitu kerdil di sisi Allah tatkala mendengar Sirah disampaikan Ustaz Ruzaini atau Hajah AnneZana memberitahu bagaimana Nabi SAW berdepan pelbagai dugaan sewaktu menyebarkan agama Islam selama 23 tahun. Paling terkesan kisah antara wanita dijanjikan Syurga, Sumayyah yang dibunuh secara kejam oleh pengikut Abu Jahal. Moga kita juga sekuat Sumayyah dalam membentuk keluarga kecil berdepan segala dugaan dariNya.
Aktiviti Ibadah Bebas
Apa yang paling bestnya pihak TA memang beri kita kebebasan dalam melakukan segala urusan ibadah (kecuali yang booking untuk urusan Nusuk Raudhah), Ziarah Dalam & Luar dan melakukan Umrah wajib. Jadi selain itu terpulang pada kita menyusun segala urusan ibadah ke Masjid Nabawi dan Masjidil Haram. Sis tak lepaskan peluang ajak Acu, Cik Noor dan Cik Ayu untuk laksanakan apa yang sepatutnya apabila berada di Tanah Haram. Siap pesan ‘kalau nak tidur atau solat kat bilik, baik balik ke Malaysia saja‘ (gurauan adik beradik, agak keras tapi memang ini hakikatnya).
Sangat seronok kerana kita boleh manage ikut masa yang sepatutnya. Contoh kalau nak pergi Subuh, seawal jam 3 pagi sudah bergerak ke masjid. Dalam masa sama pihak Mutawif dan Mutawwifah ada juga berkongsi tips bila masa sesuai untuk pegang dan peluk Kaabah, instant track ke Raudhah dan ini penting untuk yang pertama kali tunai umrah.

Baca Juga: kirim doa umrah
Penerbangan Bersama Amal Malaysia
Rezeki apabila Laskar Haramain Tiram Travel, memberitahu jemaah akan terbang bersama Amal Malaysia. Service paling best bersama Amal Malaysia saat pertama kali jejak kaki masuk perut kapal terbang, dengan layanan makan dua kali dan ketika landed di Madinah/Jeddah. Anak-anak kapal yang sangat mesra, sentiasa tersenyum, bersedia membantu apa yang kita perlukan (terutama yang pertama kali naik kapal terbang), membuatkan kita selesa sepanjang 8/9 jam penerbangan pergi dan balik.
Mutawif & Mutawwifah Sangat Baik
Pengalaman pergi bersama mereka sangat-sangat menyeronokkan. Terasa seperti ahli keluarga sendiri. Tanyalah apa saja, mintalah apa saja, Ustaz Ruzaini dan Hajah AnneZana akan bantu semampunya. Paling Sis tak lupa kala Hajah AnneZana menyelesaikan masalah kaum Wanita yang sangat-sangat menduga. Hanya Allah yang mampu membalas jasamu Datin Hajah AnneZana kesayangan. Lagi best, diorang juga sempat belanja kami makan Nasi Arab paling popular di Mekah, AlRomansiah di Jabal Umar. Sis memang suggest sapa-sapa dah sampai Mekah datang laaa makan sini memang tak menyesal punya. Oh! Tak lupa juga waktu makan ikan goreng garing di Madinah usai kita solat di Masjid Quba.

Pilihan Tempat ‘Melontar’ Yang Bagus
Okay paling Sis suka juga kenapa pergi dengan Tiram Travel kerana pengalaman mereka sendiri yang sering ulang-alik bawa jemaah ke Tanah Suci. Ibaratnya Tanah Haram ini seperti rumah kedua mereka kerana selang sebulan mereka akan membawa jemaah lain untuk bermusafir di sini. Makanya bagi tau nak beli apa, kat mana makanan sedap atau breakfast menarik, pilihan jubah yang cantik dan murah, bekalan kurma serta kekacang yang bagus juga turut menyediakan stok coklat dubai yang boleh dibeli terus dengan harga murah.
Pendek kata apa yang jemaah hajati semua mereka boleh tunaikan. Yang penting bawak saja bekalan duit mencukupi. Malah kalau tak cukup kedua-dua Mutawif dan Mutawwifah juga boleh tukarkan segera duit dalam Riyal. Mereka sangat menjaga kebajikan jemaah yang mana paling penting semua dapat merasai pengalaman ibadah yang menyeronokkan tanpa mengetepikan kehendak untuk ‘melontar’.
Hubungan Rapat Sesama Jemaah
Oleh kerana hampir dua minggu bersama dalam satu grup menyebabkan hubungan bersama jemaah lain jadi cukup rapat dan mesra. Walaupun pada mulanya semua agak malu-malu untuk taaruf, tetapi apabila sering bertemu ketika ziarah dalam/luar, bertembung ketika mahu ke masjid, sama-sama menikmati sajian makan pagi, tengah hari dan malam dan sama-sama ‘melontar’ borong jubah murah dan cantik.
Ramai dalam grup trip kali ini yang membawa anak-anak, pasangan suami isteri, anak-anak buah untuk menghayati pengalaman sebenar ibadah umrah di Tanah Suci. Sempat sebelum masing-masing ‘back to routine’, saling memberi pesan untuk keep in touch dan merakamkan foto menarik sepanjang permusafiran kami. Keep in touch semua untuk Lin, Tasha, Kak Hajah Rashidah, Kak Hajah Hasnah, Auni dan jemaah lain.

Baca Juga: Permohonan Rayuan Haji 2024, Tips Mudah Guna Aplikasi THiJARI