Seloka Raya AEON Mall | Sambutan Aidilfitri akan jadi lebih meriah apabila dapat meraikannya bersama keluarga terutamanya anak-anak. Mereka inilah yang paling tak sabar untuk menyambut hari istimewa setelah sebulan berpuasa.
Sebagai ibu bapa, persiapan untuk anak-anak inilah yang menjadi keutamaan memandangkan pelbagai promosi dibuat
Bersempena untuk memeriahkan lagi perayaan lebih berwarna-warni lali ini, pusat beli belah terkemuka, AEON Mall mempersembahkan Seloka RAYA Bersama Tom & Jerry, sebuah sambutan eksklusif yang membawa kenangan manis kala di zaman kanak-kanak.
Apatah lagi melihat karakter comel watak persahabatan Tom & Jerry yang cukup menghiburkan walau sering kali dilihat sering bergaduh. Namun di akhirnya persahabatan itu yang lebih diutamakan.

Bagi meraikannya bersama pelanggan setia, Seloka RAYA Bersama Tom & Jerry akan dibawakan terus ke semua 28 lokasi AEON MALL di seluruh Malaysia!
Justeru pelbagai aktiviti di sediakan sepanjang tour Seloka RAYA bersama Tom & Jerry ini, sambil membeli belah itu bolehlah menyertai pelbagai aktiviti disediakan dan rasai terus kemeriahan sambutan bersama Tom and Jerry yang comel ini.
Pastinya seronok terutama apabila membawa anak-anak mencari persiapan raya, bolehlah menceriakan mereka sambil berehat sebentar ketika sama-sama mencari keperluan untuk sambutan Syawal tidak lama lagi.
Baca Juga: AEON Fashion Preview 2024, Lebih Fresh, Trendy & Stailo
Ganjaran Eksklusif Menanti Anda
Nikmati pengalaman membeli-belah yang lebih bermakna dengan pelbagai tawaran Limited Edition Premium Redemptions daripada AEON MALL:
– AEON MALL x TRACEY Micro Bag
Diperbuat daripada bahan lestari, beg mikro eksklusif ini boleh ditebus dengan perbelanjaan RM1000 (Bukan Ahli) / RM800 (Ahli AEON).
– Mug Edisi Khas Tom and Jerry
Tebus dengan perbelanjaan RM680 (Bukan Ahli) / RM580 (Ahli AEON).
– Sampul Duit Raya
Tebus dengan perbelanjaan RM280 (Bukan Ahli) / RM180 (Ahli AEON) dalam dua resit gabungan pada hari yang sama.

Tawaran Terhad Seloka Raya AEON Mall
Yang berminat untuk mendapatkan hadiah dan ganjaran istimewa ini, bolehlah datang ke semua cawangan AEON Mall dalam jelajah Parade Seloka RAYA Pertama di Malaysia. Semua ini boleh jadi milik korang sementara stok masih ada!

Parade Seloka RAYA
Turut menampilkan maskot kesayangan kita, Mochi & Orange, dalam penggayaan busana tradisional perayaan. Saksikan sendiri kemeriahan perarakan ini di 28 lokasi AEON MALL yang bakal menceriakan suasana perayaan anda. Jangan terlepas tarikh-tarikh dan lokasi yang di tetapkan dan pastinya kemeriahan ini akan lebih bermakna dirai bersama keluarga masing-masing.

Baca Juga: AEON Lancar Jenama In-House Lebih Trendy & Stailo