Cara Mudah Kirim Doa Depan Kaabah & Hari Arafah 1444H

Kirim Doa Depan Kaabah | Ada cara mudah kirim doa depan Kaabah dan juga ketika hari wukuf di Arafah. Tahun ini hari wukuf di Arafah adalah pada 9 Zulhijjah iaitu bersamaan 27 Jun 2023. Bagi yang menunggu wukuf, boleh buat beberapa amalan ini sebelum bergerak ke Arafah.

Bagi mereka yang diberi peluang menunaikan ibadah haji atau umrah, pasti ramai yang mahu mengirim doa untuk kesejahteraan diri dan keluarga. Dan kita sebagai duta kecil yang diutus oleh Allah ke sana pastinya tidak akan lepaskan peluang untuk berdoa bagi pihak yang mengirim.

Ada beberapa cara kirim doa orang peri umrah di Mekah terutama di depan Kaabah. Kalau boleh sentiasa mengambil peluang solat di Mataf dan terus duduk depan Kaabah untuk berdoa.

Lagi-lagi jika berada depan pintu Multazam atau dekat Hijir Ismail. Waktu lakukan Haji Ifrad tahun lalu kami jemaah diberi rezeki untuk senang solat di Mataf dan depan Kaabah. Doa di Mekah depan Kaabah ini lebih terasa kita dekat dengan Allah, itulah perasaan sebenar dirasai.

Ada satu perkongsian oleh Hj Mohd Firdaus yang mana telah memberi tips mudah untuk kita bacakan kiriman doa di Mekah bagi pihak sahabat-sahabat yang mengirim doa depan Kaabah. Besar pahalanya jika kita yang berada di sana dapat sampaikan doa mereka dan semoga dimakbulkan oleh Allah.

Oh ye, bagi yang mahu cepat diberikan rezeki jadi tetamu Allah, boleh terus buat rayuan Haji setiap tahun kerana kuota yang disediakan oleh Tabung Haji sentiasa menjadi perhatian para jemaah.

kirim doa depan kaabah
Ambil peluang berdoa depan Kaabah setiap kali usai solat.

Cara Mudah Kirim Doa Depan Kaabah

Untuk memudahkan orang yang nak bacakan doa tu, tulis doa dengan membahasakan diri sendiri guna nama sendiri. Ini yang dikongsi oleh Hj Mohd Firdaus dan boleh kita lakukan untuk cara mudah kirim doa di Arafah nanti. Ini antara contoh kirim doa di Mekah terutama bagi yang mahu tunai umrah sekarang ini.

Contohnya. Nama Pengirim Khairul.

“Ya Allah, sahabat aku Khairul ingin memohon kepada Mu beberapa perkara:

Ya Allah, ampunkan semua dosa-dosanya, ibu bapanya dan ahli keluarganya. Tingkatkanlah iman mereka dari hari ke hari dan matikanlah mereka semua dalam keadaan beriman.

Ya Allah, Khairul memohon kepada Mu agar Engkau memberikan kesihatan yang sempurna, panjangkan umur mereka sekeluarga, mudah mudahan mereka dapat menggunakan kesihatan dan umur untuk mempertingkatkan amal ibadah kepada Mu.

Ya Allah, Khairul memohon kepada Mu agar Engkau menjadikan anak-anaknya, anak yang soleh dan solehah. Berikanlah kejayaan kepada anak anaknya di dunia dan di akhirat.

Ya Allah, bantulah Khairul dalam perniagaan yang dijalankannya. Kurniakanlah dia rezeki yang banyak, halal dan berkat. Jauhkan dia dari rezeki yang haram dan syubhah. 

Ya Allah, berilah kekayaan yang melimpah ruah kepada Khairul, mudah-mudahan dengan kekayaan itu, dia dapat mengeluarkan zakat yang banyak dan dapat membantu umat Islam yang lain.

Ya Allah, Khairul memohon agar Engkau memilih mereka utk pergi menunaikan Haji sebelum mereka berumur 35 tahun.

Ya Allah, inilah hajat yg Khairul ingin sampaikan kepada Mu. Dengan limpah rahmat Mu, kabulkanlah hajat-hajat Khairul ni.

Amin Ya Rabbal Alamin.”

Tips Kirim Doa Depan Kaabah & Di Arafah

Kita boleh bacakan doa-doa sahabat kita ini sama ada depan Kaabah atau ketika berada di Arafah bagi mereka yang menunaikan haji. Sis juga dapat banyak kiriman doa ketika mengerjakan haji tahun 1443H lalu. Tidak menolak untuk menerima sebarang doa dan ini cara mudah kirim doa di Arafah yang sis nak kongsi.

  1. Bagi tau di media sosial pemergian bila ke tanah suci sama ada untuk urusan umrah atau haji
  2. Mintak rakan-rakan tulis siap-siap nama dan doa untuk dikirim dan dibacakan depan Kaabah atau Arafah nanti (doa di Arafah antara paling mustajab dan kita dekat dengan Allah).
  3. Boleh tulis atas kertas dan snap pakai phone kamera. Buatkan satu list file dalam phone doa kawan-kawan agar mudah untuk dicari nanti. Sesiapa saja boleh kirim doa di Mekah nanti.
  4. Pesanan teks melalui WA pun boleh dilakukan bagi yang malas menulis dalam kertas. Ini cara paling efektif kirim doa depan Kaabah atau ketika wukuf di Arafah.
  5. Beritahu jangan tulis panjang, bagi doa paling ringkas dan sebut sekali nama pengirim dalam tu. Tulis ganti diri nama itu kepada nama korang terus supaya senang nak baca. Misalnya ‘Ya Allah Aku Siti Zurinah Mat Saman pohon doa agar dimewahkan rezeki ….’
  6. Bagi yang tiada media sosial, korang boleh juga terima pesana DM atau messenger dalam IG atau FB. Sis juga dapat pesanan dari seorang sahabat, mintak dibacakan doa untuk dirinya dan juga turut mahu sis lakukan wakaf Quran dan sedeqa sebagai salah salah tips haji di sana.
  7. Beritahu bila last boleh kirim doa supaya kita boleh buat persiapan untuk lebih senang dibaca nanti. Kalau boleh baca juga doa-doa sahabat anda ini ketika tawaf atau betul-betul waktu solat depan Kaabah. Kirim doa depan Kaabah di mana kita dekat dengan Rumah Allah ini dan lebih terasa kita sebagai hambaNya yang betul-betul memerlukan pertolonganNya.
  8. Waktu di Arafah jangan putus baca doa mereka di sana, berada saja di bumi Arafah itu insyaAllah doa akan dimakbulkan olehNya.
  9. Bagi yang masih belum dikurniakan anak, doakan sekali agar dikurniakan zuriat dengan pilihan Nama Anak Lelaki dan pilihan nama anak perempuan yang baik-baik. Allah Maha Mendengar dan Mengetahui segalanya.
kirim doa depan kaabah
Di Arafah, salah satu tempat paling mustajab berdoa.

Waktu Paling Mustajab Untuk Berdoa

Ini antara waktu paling mustajab untuk berdoa. Jangan lepaskan peluang untuk lakukannya. Bagi yang dah kirim pada sis tahun lepas, semua dah dibacakan ketika berada di bumi Arafah. Alhamdulillah, berdoa di Arafah adalah satu satu waktu paling mustajab.

  1. Waktu Antara Azan Dan Iqamah
  2. Semasa Hujan Turun
  3. Waktu Pada Hari Jumaat
  4. Pada Waktu Sepertiga Malam
  5. Hari Wukuf Di Arafah Pada Musim Haji
  6. Ketika Waktu Sahur Dan Berbuka Puasa

Tempat Paling Mustajab Berdoa Di Mekah

Dan ini pula tempat-tempat paling mustajab doa di Mekah terutama waktu solat di Masjidil Haram. Berada di sana jangan lupa untuk ambil peluang solat di Masjidil Haram dan boleh lakukan amalan iktikaf.

Jadi setiap kali kita solat di Masjidil Haram atau tawaf, jangan lepaskan peluang untuk berdoa padaNya. Kalau boleh sebut nama pengirim betul-betul di tempat paling mustajab ini. Apatah lagi ketika berada depan Kaabah, doa mustajab doa di depan Kaabah yang boleh kita ambil peluang untuk bacakannya.

Tahun lepas sis sebut nama sahabat sis yang belum dikurnia anak, Nana untuk cepat diberikan rezeki dan alhamdulillah Nana kini menanti detik untuk menerima orang baru yang dah lama dinanti. Begitu juga nama-nama sahabat lain sis seperti Wani, Mama Ita, Maizan, Zaitun dan beberapa lagi yang kirim doa.

Juga tak dilupakan keluarga sis sendiri dan alhamdulillah anakanda sis, Syarifah Nurul Syafiah berjaya menyambung pengajian di universiti tempatan. Jadi jika ada sesiapa yang pergi tunai urah juga kita boleh kiriman doa umrah untu menyampaikan apa kita hajati.

  1. Multazam
  2. Hijir Ismail
  3. Rukun Yamani
  4. Di Dalam Kaabah
  5. Belakang Maqam Ibrahim
  6. Muzdalifah Dan Mina
  7. Ketika Saei Antara Safa dan Marwah
  8. Tempat Mataf (Tempat Tawaf)
  9. Raudhah (Madinah)
kirim doa depan kaabah
Kalau boleh sebut nama untuk mereka yang kirim doa depan Kaabah.

Layari page sitizurinamatsaman.com untuk lebih info

2 thoughts on “Cara Mudah Kirim Doa Depan Kaabah & Hari Arafah 1444H”

Leave a Comment

error: Content is protected !!