Adiwira Superman| Siapa yang mengenali adiwira fiksyen yan sangat popular dan mewarnai ketika zaman kanak-kanak. Watak Superman ini direka dan sangat terkenal sebagai lambang keberanian, kebaikan dan pelindung manusia sejagat di dalam dunia komik, filem dan televisyen. Superman dianggap sahabat sejati yang sering memperjuangkan keadilan membantu golongan memerlukan.
Dan siapa sangka, kita akan lihat bukan puluhan atau ratusan adiwira ini yang hadir dalam perjumpaan terbesar baru-baru ini, tetapi 1007 participant menyertai acara yang turut mendapat pengiktirafan Malaysian Book Of Record (MBOR).
Tahniah diucapkan buat AEON Mall kerana berjaya mencatat rekod Malaysian Book Of Records (MBOR) sebagai Largest Gathering in Superman Attire dengan penyertaan sejumlah 1,007 orang memenuhi mall dengan pakaian Superman! Majlis Superman gathering telah diadakan di AEON Mall Bukit Indah, Johor pada 12 July AEON Mall.

Rata-rata yang hadir cukup sporting menggayakan kostum atau baju adiwira Superman ini dengan melihat warna merah, biru, kuning melatari ruang pentas berkenaan. Perhimpunan yang Bermuda jam 2 petang di mana setiap 500 penyertaan awal, peseta akan menelika Superman cape secara percuma. Bukan itu sahaja mereka juga akan berpeluang untuk bergambar secara berkumpulan.
Yang lebih menariknya pada hari berkenaan juga turut diadakan costume showcase dan mini catwalk untuk Best Dress. Pastinya inilah saat paling ditunggu-tunggu pada peserta yang hadir.

Baca Juga: Join Transformers One Roadshow 2024 Secara Eksklusif Di AEON Mall Terpilih
Aktiviti Adiwira Superman Tawan AEON Mall
Untungnya bagi mereka yang tinggal sekitar AEON Mall Bukit Indah, Johor dapat menyertai gathering berkenaan, tapi untuk orang lain jangan risau. Pelbagai aktiviti telah diatur oleh pihak AEON Mall untuk menyemarakkan lagi semangat adiwira Superman. Jangan risau, Superman akan terus terbang ke beberapa lokasi AEON MALL terpilih sepanjang bulan Julai & Ogos 2025.
1. POP-UP STORE ROADSHOW
Saksikan kelainan dengan Pop-Up Store Superman yang pertama seumpamanya! Dapatkan koleksi barangan rasmi dan eksklusif yang pasti buat peminat teruja! Ada juga pelbagai aktiviti menarik menanti anda di lokasi terpilih:
Lokasi & Tarikh Roadshow:
- 1–13 Julai
AEON Mall Bukit Indah (Johor) & Cheras Selatan (Selangor) - 15–27 Julai
AEON Mall Nilai (Negeri Sembilan) & Kulaijaya (Johor) - 29 Julai – 10 Ogos
AEON Mall Bukit Mertajam (Pulau Pinang) - 29 Julai – 17 Ogos
AEON Mall Taman Maluri (KL) & Tebrau City (Johor)

2. SUPERMAN PARADE – Heroes on the Move!
Sertai perarakan tersebut bersama keluarga dan rakan-rakan! Rasai suasana penuh semangat wira dengan persembahan muzik live dan flash mob yang mengujakan.
Lokasi & Tarikh Parade:
- 19 Julai – AEON Mall Kulaijaya
- 27 Julai – AEON Mall Cheras Selatan
- 2 Ogos – AEON Mall Tebrau City
- 17 Ogos – AEON Mall Taman Maluri

3. SHOP & REDEEM: Tebus Barangan Eksklusif
Belanja di AEON MALL dan bawa pulang hadiah eksklusif Superman!
- Superman Blind Box Flask
Belanja RM800* (Bukan Ahli) atau RM400* (Ahli AEON) dalam 3 resit pada hari yang sama untuk menebus.
(Tidak termasuk AEON Mall Permas Jaya, Taman Universiti, Taman Equine, Bandar Dato Onn, Ipoh Klebang & Melaka Shopping Center) - Superman Pet Cape
Belanja RM600* (Bukan Ahli) atau RM400* (Ahli AEON) dalam 3 resit pada hari yang sama. - Pastikan anda simpan resit dan tebus di Kaunter Penebusan yang disediakan.

4. KIRA & MENANG – The Superman Challenge
Cabar diri anda dan menang barangan eksklusif Superman!
Kira berapa banyak logo Superman yang tersembunyi di seluruh AEON Mall dan rebut peluang untuk menang:
- Barangan Superman Edisi Terhad
- Jumlah hadiah keseluruhan bernilai RM5,000
- Hanya 10 pemenang bertuah akan dipilih!

5. Aktiviti Lain Menarik Sepanjang Kempen:
- Superman Photo Zones – Bergambar gaya wira kegemaran anda!
- Ruang Aktiviti Kanak-Kanak – Aktiviti interaktif dan menyeronokkan untuk si kecil
- Peraduan Khas bersama Samsung
Beli mana-mana TV Samsung di AEON MALL, bergaya ala Superman dan muat naik ke media sosial dengan hashtag:
#AEONMALLSupermanLookup dan Menangi Samsung Music Frame bernilai RM1,999!
Untuk 6 pemenang bertuah!

Jangan Lepaskan Peluang Ini!
Sama ada anda seorang kolektor tegar Superman, pencinta komik atau hanya ingin menikmati hujung minggu yang luar biasa bersama keluarga – Superman x AEON MALL ini wajib anda kunjungi!
Untuk info lanjut:
www.aeonmallmy.com
Instagram: @aeonmallmalaysia
Baca Juga: AEON Lancar Jenama In-House Lebih Trendy & Stailo




