Klinik Dr Bazilah Tawar Kaedah Berkesan Atasi Rawatan Parut

Rawatan Parut | Sebagai wanita, jika mengalami masalah parut di wajah menjadi detik paling menakutkan dalam hidup. Tidak kiralah disebabkan masalah jerawat, luka kecil ataupun sebab lain. Mana tidaknya kesan parut yang ditinggalkan memberi sedikit ‘kecacatan’ dan secara tak langsung hilang keyakinan kala berdepan orang ramai.

Rasanya lebih rela berkurung dalam bilik sehingga kesan parut itu benar-benar sudah tiada. Atau menutup dengan concealer atau mekap lebih tebal bagi mengelak kesan parut ini dilihat orang. Namun begitu, dengar kata rawatan di Klinik Dr Bazilah berjaya menyelesaikan masalah parut ini. So tiada apa lagi yang patut dirisaukan jika berdepan masalah parut jahat ini.

Ruang menunggu yang selesa

Apa Itu Parut

Parut ialah tanda yang terbentuk pada kulit apabila lapisan kulit yang rosak akibat kecederaan, pembedahan, jerawat atau keradangan sembuh. Ia terjadi apabila badan menghasilkan kolagen untuk membaiki tisu yang rosak.

Proses penyembuhan ini boleh menghasilkan tekstur dan warna kulit yang berbeza daripada kulit asal. Parut boleh berbentuk rata, timbul, tenggelam atau berubah warna. Jika kelihatan terutama di bahagian wajah boleh memberi kesan emosi pada pemilik wajah.

Jenis-Jenis Parut:

Parut Atropik (Atrophic scars):

  • Tenggelam ke dalam kulit.
  • Contoh: parut jerawat, parut cacar air.

Parut Hipertrofik:

  • Timbul di atas permukaan kulit tetapi tidak melebihi sempadan luka asal.
  • Selalunya merah dan gatal.

Parut Keloid:

  • Timbul dan lebih besar daripada luka asal.
  • Boleh menyakitkan dan terus membesar.

Parut Kontraktur:

  • Berlaku apabila kulit terbakar atau kecederaan yang besar.
  • Menyebabkan kulit menegang dan menghadkan pergerakan.
rawatan parut
Konsultasi dengan pakar profesional

Punca Terjadi Parut

  1. Kecederaan fizikal: Luka akibat kemalangan, gigitan, atau jatuh.
  2. Pembedahan: Luka pembedahan yang sembuh boleh meninggalkan parut.
  3. Jerawat (acne): Jerawat yang teruk, terutamanya cystic acne, sering meninggalkan parut.
  4. Penyakit kulit: Seperti cacar air atau ekzema.
  5. Luka terbakar: Boleh menghasilkan parut yang dalam dan kontraktur.
  6. Genetik: Sesetengah individu lebih cenderung mendapat keloid.

Kaedah Rawatan Parut

Terdapat pelbagai kaedah rawatan parut yang boleh digunakan bergantung kepada jenis, saiz, lokasi, dan tahap keterukan parut. Rawatan boleh dibahagikan kepada dua kategori utama: rawatan di rumah dan rawatan profesional.

Kaedah ini sesuai untuk parut ringan atau baru terbentuk, dan bertujuan mengurangkan penampilan parut serta mempercepatkan penyembuhan kulit.

Antaranya seperti penggunaan krim dan gel parut, Minyak Semula Jadi dan Herba, Penggunaan Skrub & Eksfoliasi Lembut atau Guna Pelindung Matahari (Sunscreen).

Kaedah rawatan lain adalah secara profesional misalnya dengan cara rawatan di klinik yang dipantau oleh pakar bertauliah. Antara adalah dengan mendapatkan rawatan di Klinik Dr Bazilah. Mempunyai beberapa cawangan dan boleh segera membuat slot tempahan jika berminat.

Layanan baik yang sangat memuaskan

Rawatan Klinik Dr Bazilah

Rawatan lain yang terbaik untuk atasi masalah parut ini adalah dengan mendapat khidmat ahli profesipnal seperti di Klinik Dr Bazilah. Walau bagaimanapun sebelum mendapatkan rawatan, seseorang itu perlu diagnos dulu untuk kenal pasti apa rawatan berikutnya.

Ini antara kaedah yang diberikan jika berminat untuk dapatkan rawatan di sini. Ramai wanita yang sangat berpuas hati dan terus mendapatkan rawatan susulan jika adalah masalah berkaitan penjagaan wajah.

1. Penilaian Menyeluruh

Pada sesi pertama, doktor mengambil masa untuk memahami sejarah kesihatan, gaya hidup dan tahap masalah parut yang diatasi. Adakah masalah parut disebabkan semulajadi atau masalah lain seperti jerawat.

2. Rawatan Topikal

Untuk merawat parut juga akan diberikan krim pelembap yang sesuai dengan kulit sensitif. Klinik juga memberikan krim steroid topikal untuk kawasan parut yang teruk. Dos dan kekuatan krim ini bergantung kepada kawasan parut berkenaan dan umur pesakit. Sebagai contoh:

• Krim steroid ringan untuk muka atau kanak-kanak.

• Krim steroid lebih kuat untuk kawasan badan yang lebih tebal seperti siku dan lutut.

3. Antihistamin

Untuk mengawal kegatalan terutama pada waktu malam, doktor mencadangkan untuk mengambil antihistamin. Ini membantu agar tidur lebih lena tanpa terganggu oleh rasa gatal.

4. Fototerapi

Bagi mereka yang mengalami parut kronik atau tahap sederhana hingga teruk, fototerapi adalah salah satu rawatan yang disediakan di Klinik Dr Bazilah. Cahaya UV digunakan untuk mengurangkan keradangan kulit dan memperbaiki keadaan parut.

5. Nasihat Penjagaan Diri

Dan paling penting dan doktor akan memberikan panduan lengkap tentang cara menjaga kulit dan mengelakkan pencetus. Cara ini sangat dihargai kerana secara tidak langsung doktor turut bersama-sama atasi masalah parut jahat ini.

Info Klinik Dr Bazilah

Adakah anda ingin tahu lebih lanjut tentang rawatan kulit di Klinik Dr Bazilah? Hubungi dan buat temujanji di Klinik Dr Bazilah yang berhampiran

Klinik Dr Bazilah, Bangi

C-10-G, Plaza Paragon Point, Jalan Medan Pusat Bandar 5, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, 43650, Selangor Darul Ehsan.

Tel : 03-8922 9681 / 0111 590 5931

Website : Klinik Dr Bazilah Cawangan Bangi

Klinik Dr Bazilah, Kuala Lumpur

(Klinik Kulit / Aesthetik / Rambut / Jerawat / Jeragat),

Unit A1-10, Level 1 Puncak Sentul, 8, Jalan Sentul Pasar, 51000 Kuala Lumpur.

Tel : 013 8177005

Website : Klinik Dr Bazilah Cawangan Kuala Lumpur

Klinik Dr Bazilah, Shah Alam

R-02-01, Emira, Jalan Akuatik A13/64A, Seksyen 13, Shah Alam, 40100, Selangor.

Tel : 03-5035 7359

Website : Klinik Dr Bazilah Cawangan Shah Alam

Waktu Operasi Klinik : 10.00am – 6.00pm

Untuk sebarang sebarang pertanyaan mengenai promosi atau rawatan, boleh DM/Call/Whatsapp Klinik Dr Bazilah: http://temujanjidrbazilah.wasap.my/

Facebook : klinikdrbazilah

Instagram : @klinikdrbazilah

Email : klinikdrbazilah@gmail.com

Baca Juga: Bahaya Tonsil Boleh Bawa Maut : 7 Cara Mudah Atasinya

rawatan parut
Pasti akan terus dapatkan rawatan lanjutan di sini

Langkah Pencegahan Parut Wajah

  • Rawat jerawat dari awal dengan betul.
  • Jangan picit atau garu jerawat dan luka.
  • Gunakan pelindung matahari setiap hari.
  • Jaga kebersihan kulit dan elakkan jangkitan.
  • Amalkan gaya hidup sihat – minum air mencukupi, makan makanan seimbang.

Baca Juga: Cara Memilih Moisturizer

Leave a Comment

error: Content is protected !!