Prosperity Blossom | Seperti tahun-tahun sebelumnya, pusa beli belah terkemuka dan mesra pengguna AEON Mall meneruskan tradisi kemeriahannya dalam persiapan menyambut kedatangan Tahun Baru Cina 2026.
Kali ini dengan bangganya membawakan tema kempen ‘Prosperity Blossom’ yang memberi makna tersendiri dan diinspirasikan melalui kepercayaan bahawa kemakmuran itu akan sentiasa berkembang mekar melalui hubungan kekeluargaan dan komuniti yang bersatu di bawah bumbung sama.
Kempen Ini sejajar dengan keteguhan AEON Mall itu menjadi wadah dan destinasi gaya hidup pusat sehenti kekuarga. Di mana erti persahabatan, persaudaraan dilimpahi dengan aura positif seperti kegembiraan berganda dan dilimpahi kemewahan apabila sambtan diraikan penuh makna dan mekar semulajadi sepanjang musim perayaan ini.

Kempen tahun ini dipertingkatkan lagi melalui kolaborasi premium dan memberi ganjaran serta pengalaman menarik yang direka khas untuk meningkatkan keterujaan membeli-belah para pelanggan setianya.
Bagi merealisasikan impian rakayat Malaysia, pelbagai kolaborasi diatur oleh pihak AEON Mall dalam memastikan sambutan Tahun Baru Cina kali ini lebih meriah dan bermakna.
Baca Juga: AEON Lancar Jenama In-House Lebih Trendy & Stailo
Hadiah Kemakmuran Premium – Jin Yeye
Melalui kolaborasi istimewa dengan Jin Yeye, pelanggan boleh menebus Hadiah Kemakmuran Premium eksklusif yang mengandungi Abalon & Sarang Burung, melambangkan kekayaan, kesihatan, dan keberkatan bagi tahun baharu..
* Syarat Tebusan: Belanja RM800* (Ahli Kad UOB / AEON) atau RM1,000* (Bukan Ahli) dengan gabungan 3 resit pada hari yang sama.

Kolaborasi Filem Mengujakan Film Engine
Kemeriahan perayaan diteruskan dengan kolaborasi sinematik bersama Film Engine bersempena tayangan filem Tahun Baharu Cina yang dinanti-nantikan, Ah Beng & Liang Popo.
Kolaborasi ini membawa pengalaman hiburan terus ke dalam pusat beli-belah, menjadikan kunjungan lebih menyeronokkan untuk seisi keluarga.
Antara ganjaran edisi terhad istimewa yang ditawarkan kepada pengunjung:
Movie Neck Pillow
- Perbelanjaan RM600* (Ahli) atau
- RM800* (Bukan Ahli)
Tiket Filem Edisi Terhad
- Perbelanjaan RM400* (Ahli) atau RM600* (Bukan Ahli)
- Dengan 3 resit gabungan pada hari yang sama

Koleksi Perayaan Eksklusif Prosperity Blossom
Sebagai pelengkap sambutan Tahun Baharu Cina, Prosperity Blossom AEON MALL turut menawarkan Prosperity Blossom Money Packet yang direka khas dengan sentuhan perayaan moden dan tradisional. Ia sesuai untuk dikongsi bersama keluarga dan insan tersayang.
Penebusan boleh dibuat dengan:
- Perbelanjaan RM150* (Ahli)
- Atau RM250* (Bukan Ahli)
- Dengan 3 resit gabungan pada hari yang sama
Baca Juga: Temui Michael Owen Legenda Bola Sepak Dunia Live Di AEON Mall

Aktiviti Perayaan di 27 AEON Mall Seluruh Negara
Selain daripada penebusan hadiah, para pengunjung boleh merasai kemeriahan sambutan melalui pelbagai aktiviti menarik, antaranya termasuk:
- Tarian Kipas Prosperity Blossom.
- Pertandingan Kaligrafi Kanak-kanak di kesemua 27 AEON Mall.
- Perarakan Limau Perayaan (Festive Orange Parade).
- Pertunjukan Tarian Singa Tradisional.
- Bengkel Kraf DIY Kanak-kanak.
- Siri Jelajah Beramah Mesra bersama Selebriti: Temui barisan pelakon filem Tahun Baharu Cina dan pelbagai lagi aktiviti menarik.
Aktiviti ini direka untuk menyatukan semua generasi bagi menghidupkan suasana perayaan dan mencipta pengalaman yang menyeronokkan untuk seisi keluarga. Dan pastinya pengalaman indah ini akan kekal mekar dalam ingatan masing-masing.

Ganjaran Penuh Kemakmuran
“Prosperity Blossom” menjanjikan perjalanan perayaan yang penuh kegembiraan dan ganjaran—di mana kemakmuran benar-benar mekar untuk semua orang di AEON MALL.
Setiap kunjungan menjadi peluang untuk memulakan tahun baharu dengan penuh harapan, rezeki dan kenangan indah bersama insan tersayang. Jadi jangan lepaskan peluang ini untuk merasai sendiri pengalaman ini dan menyertai kempen Prosperity Blossom di cawangan berdekatan.
Untuk maklumat lanjut, ikuti kami di media sosial atau kunjungi Kaunter Khidmat Pelanggan di mana-mana cawangan AEON MALL.
Laman Web: www.aeonmallmy.com
Facebook: AEON MALL Malaysia
Instagram: @aeonmallmalaysia
#AEONMALL #AEONMALLProsperityBlossom




