Edwin Van Der Sar| Siapa tak kenal dengan penjaga gol legen bagi pasukan Manchester United, Edwin Van Der Sar. Sebut saja namanya, pasti terbayang aksinya menyelamatkan gol musuh dari menembusi benteng pasukan MU ini. Bagi peminat kelab bola sepak terkemuka MU, nama lagenda ini sudah tentu meggamit nostalgia kala di zaman kegemilangannya.
Bekas penjaga gol yang berasal dari Belanda ini juga telah mencipta pelbagai kejayaan ketika bersama pasukan MU apabila berjaya menjuarai Liga Juara-Juara UEFA 2008 dan pelbagai kejohanan lain. Kini anda berpeluang untuk bertemu dengan Envin Vam Der Sar ini secara life yang dibawakan sendiri oleh AEON Mall dalam Active Beat 3.0.
Rasai sendiri pengalaman Meet & Greet yang julung kali dibawakan ini dengan hanya menyertai peraduan Active Beat 3.0 ini nanti di AEON Mall terpilih. Pastikan korang menjadi antara insan bertuah yang terpilih bagi menyertai acara julung kali diadakan ini.

Korang bayangkan dapat bertentang mata terus dengan bintang yang terkenal dengan keupayaan membaca permainan, membuat hantaran tepat serta berjaya selamatkan bola dalam situasi kritikal.
Salah satu detik penting ialah kejayaannya menyelamatkan penalti dalam final Liga Juara-Juara UEFA 2008 menentang Chelsea. Van der Sar juga menjadi tonggak pertahanan yang dipercayai oleh rakan sepasukan. Kepimpinannya di atas padang menjadikannya antara penjaga gol terbaik dalam sejarah kelab tersebut.

Baca Juga: Temui Michael Owen Legenda Bola Sepak Dunia Live Di AEON Mall
Cara Sertai Meet & Greet Edwin Van Der Sar
Untuk menyertai acara Meet & Greet ini, korang hanya perlu:
- Belanja minimum RM200 (untuk pemegang kad Maybank) atau RM280 (untuk bukan pemegang kad Maybank).
- Jumlah ini boleh dicapai melalui tiga (3) resit gabungan pada hari yang sama daripada mana-mana penyewa di AEON MALL.
Lokasi & Tarikh
1 OGOS 2025 (JUMAAT):
- 2:00 PM: AEON MALL BUKIT MERTAJAM
- 6:30 PM: AEON MALL IPOH STATION 18
2 OGOS 2025 (SABTU)
- 2:00 PM: AEON MALL BUKIT TINGGI
- 5:30 PM: AEON TAMAN MALURI SHOPPING CENTRE
3 OGOS 2025 (AHAD):
- 12:00 PM: AEON MALL TEBRAU CITY
- 6:00 PM: AEON MALL NILAI

Terma & Syarat Penyertaan
Terma dan syarat dikenakan. Slot adalah terhad dan berdasarkan first-come, first-served basis. Jadi jangan lepaskan peluang ini dan korang mungkin menjadi antara insan bertuah bagi menyertai aktiviti Meet & Greet dalam Active Beat 3.0 ini.
Hadiah Lain Menarik Menanti Pengunjung
Namun begitu, AEON Mall turut menawarkan sebahagian daripada hadiah bernilai RM10,000 bagi mereka yang bertuah. Ini termasuk peluang menang 41 barangan eksklusif Al-Ikhsan yang ditandatangani oleh Edwin Van Der Sar. Cara untuk menyertainya korang hanya perlu:
• MENANG peluang untuk menjadi antara pemenang bertuah!
• BELANJA minimum rm100 dalam satu resit di al-ikhsan sports
• HANTAR butiran anda dengan mengimbas kod QR, isi borang dan muat naik resit
Baca Juga: 3000 Produk Kecantikan Berjenama Dalam Glam Beautique Di AEON, Mid Valley




