Kay’s Steak And Lobster Kongsi Kegembiraan, Rai 26 Anak Yatim Buka Puasa Menu Kayangan

Kay’s Steak And Lobster | Baru-baru ini Restoran Kay’s Steak & Lobster telah memberi kegembiraan pada 26 anak-anak Yatim Rumah Bakti Nur Syaheera apabila mengundang mereka berbuka puasa menu kayangan.

Ini adalah antara majlis berbuka puasa yang julung kali diadakan dan di samping mengambil keberkatan bulan Ramadan yang mulia.

Majlis Buka Puasa Menu Kayangan

Menurut Pengarah Urusan Kay’s Steak & Lobster, Muhammad Aizuddin Mohd Khalid seramai 26 anak-anak istimewa ini dirai menikmati sajian menu kayangan Wagyu Tomahawk & Lobster sebagai hidangan utama di restoren semi fine dine Kay’s Steak & Lobster di Taman Ukay.

Kay's Steak And Lobster

Tambah Muhammad Aizuddin, pihak mereka telah merancang lama untuk mengadakan majlis seperti ini tetapi sebelum itu ianya tertunda disebabkan masalah pandemik. 

Jadi tahun ini Allah permudahkan urusan Kay’s Steak & Lobster owner untuk menyajikan juadah istimewa untuk berbuka puasa dengan 26 anak-anak yatim dari Rumah Bakti Nur Syaheera. Sudah memang rezeki mereka dapat menikmati hidangan lazat yang disajikan oleh chef berpengalaman.

Penyanyi Adira Suhaimi juga turut hadir memeriahkan majlis sambil menyantuni anak-anak yatim ini dengan penuh kasih sayang. Majlis berbuka puasa ini dimulakan dengan bacaan Tahlil sebelum sama-sama berbuka puasa.

Masing-masing nampaknya kelihatan gembira dan teruja dapat menikmati sajian enak yang menjadi menu utama di Kay’s Steak & Lobster ini. Biarpun tiada pengalaman, tetapi tunjuk ajar dari Chef yang turut membantu memotong daging tomahawk yang merupakan antara sajian paling mahal di restoran ini.

Dan sebelum pulang, kesemua 26 anak-anak yatim ini turut diberikan sumbangan duit raya bagi menambah kegembiraaan berganda buat mereka.

Kay's Steak And Lobster
Kay's Steak And Lobster
Kay's Steak And Lobster

Kay’s Steak And Lobster Restoran Semi Fine Dining

Restoran Kay’s Steak & Lobster yang berkonsepkan semi fine dining ini sememangnya memberikan pengalaman cukup istimewa bagi mereka yang gemar menikmati sajian daging stik dan lobster.

Mula bertapak di Putra Height, Subang Jaya pada 2014 sebelum membuka lagi dua cawangan iaitu di Liberty Arc, Ampang pada 2021 dan terbaru di IOI Conezion Putrajaya.

Menurut Muhammad Aizuddin bagi menarik pengunjung untuk datang kembali menjamu selera, pihaknya sesekali tidak akan berkompromi dalam pemilihan bahan utama dan juga cara hidangan disajikan.

Katanya lagi, citarasa Malaysia tetap diketengahkan sebagai menu restoran mengikut selera tempatan tanpa melupakan keenakan sajian asal.

“Hidangan paling popular adalah lobster thermidor yang merupakan resepi dari Peranchis. Jika diikutkan hidangan asal menggunakan wine tapi kita telah gantikan dengan bahan lain dan mengolahnya mengikut citarasa Malaysia.

“Dan menu popular pula adalah tomahawk dan daging wagyu memandangkan setiap pengunjung memberi maklum balas mengatakan setiap gigitan terasa begitu juicy,” katanya yang memberitahu semua itu adalah hasil air tangan chef berpengalaman yang turut dihias cantik hingga membuatkan mereka yakin dapat pujian hasil kepuasan pelanggan.

Kay's Steak And Lobster

Perkenal Menu Beef Wellington Menu Kekal

Dan baru-baru ini Kay’s Steak & Lobster telah memperkenalkan sajian Beef Wellington dan menu ini akan kekal untuk dlnikmati pengunjung.

Ini disebabkan sambtan yang baik di mana pengunjung memuji keenakan sajian ini sekaligus menjadikan mereka mengambil keputusan untuk mengekalkan menu berkenaan.

“Kami mula perkenalkan menu ini Disember tahun lalu yang ditawarkan bagi tempoh tertentu. Nampaknya menu ini menjadi pilihan popular pengunjung yang memuji kelazatannya sekaligus mahu mengekalkan menu berkenaan.

“Kini orang ramai boleh menikmati sajian terbabit, apatah lagi kami sangat mementingkan kualiti makanan dan rasa premium bagi setiap menu,” tambah Muhammad Aizuddin lagi.

Kay's Steak And Lobster

Dan sempena Ramadan ini juga pihak Kay’s Steak & Lobster turut menyediakan set nasi yang biasa dihidangankan hanya pada bulan Ramadan.

JIka hari biasa,memang tiada hidangan nasi, tetapi setiap kali Ramadan pengunjung dapat menikmati hidangan Nasi Platter iaitu nasi Daging Danok yang menggunakan daging wagyu serta ayam percik  yang sangat enak.

Jadi bagi mereka yang mahu menikmati sajian enak dengan harga berpatutan sempena Ramadan atau selepas ini, bolehlah melihat menu atau harga hidangan, informasi mengenai Kay’s Steak And Lobster dengan melayari www.kaysteaklobster.com.

Kay's Steak And Lobster

Baca Buka Puasa Di Westin KL Bertemakan ‘Citarasa Anak Kampung’ Penuhi Selera

8 thoughts on “Kay’s Steak And Lobster Kongsi Kegembiraan, Rai 26 Anak Yatim Buka Puasa Menu Kayangan”

Leave a Comment

error: Content is protected !!