Gaya Amelia Berkebaya Dalam Cik Ayu Mee Sanggul

Gaya Amelia berkebaya cantik Cik Ayu Mee Sanggul satu lagi drama bergenre komedi yang bakal menyuntik keinginan anda untuk menontonnya.

Bukan saja akan terpesona dengan kejelitaan pelakon utamanya Amelia Henderson menggayakan kebaya, tetapi jalan cerita menarik.

Kisah ini mengisahkan pengorbanan seorang balu muda yang menikahi seorang duda tanpa ikatan cinta demi menjadi ‘ibu segera’ kepada Uwais, anak duda tersebut. Ayu adalah pengusaha Mee Sanggul yang berjaya di Kota KL. 

Artikel Lain: Fenomena Crumple Shawl Yang Memang Onzz & Trend

Perkenalan dan hubungan rapatnya dengan Uwais serta Nek Wan ditentang oleh Akhtar apabila mendapat tahu Ayu adalah isteri kepada Arwah Tuan Baharom yang mewarisi segala hartanya. 

Akhtar skeptikal terhadap status janda Ayu kerana pengalaman pahitnya bersama bekas isterinya. 

Gaya Amelia
Cantik menggayakan kebaya moden.

Gaya Amelia Cantik Berkebaya

Uwais pula masih kecil dan memerlukan perhatian seorang ibu. Ayu berkorban dan membuat keputusan untuk meminang Akhtar sendiri. 

Apatah lagi apabila mengetahui Uwais juga seorang penghidap Mayor Talasemia, demi menjadi ibu kepada anak kecil ini, Ayu sanggup berkahwin dengan bapanya Akhtar tanpa perasaa cinta.

Artikel Lain: 10 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Paling Popular Di Lembah Klang

Ayu juga turut didekati lelaki-lelaki lain dalam hidupnya yang sentiasa menjadi penghalang kisah cintanya. Apakah yang terjadi pada kisah cinta Ayu seterusnya, jangan lupa untuk menyaksikannya di kaca TV.

Gaya Amelia
Menyarung kebaya Merah.

Paling sis tertarik dalam drama terbaru Astro Ria ini adalah penampilan pelakon utamanya, Amelia yang sangat cantik dan manis menggayakan kebaya.

Dalam artikel di media, Amelia memberitahu memberitahu untuk menjayakan drama ini dia perlu memakai 40 pasang baju kebaya cukup klasik.

Tambah pelakon berbakat ini, dia sangat gembira diberi peluang untuk menggayakan imej tersebut namun dalam masa yang sama watak mencabar.

Gaya Amelia
Dengan sanggul menyempurnakan gaya Amelia.

Menurut Amelia sepanjang penggambaran penonton drama ini akan dapat melihat dia menggayakan kebaya itu kerana mej dalam membawakan watak sebagai Cik Ayu.

Imej Agak Berat

“Saya tidak kekok cuma imej ini agak berat dan memerlukan ramai orang untuk menyiapkan saya. Bukan saja dari keperluan baju tetapi juga tata rias wajah dan rambut yang sentiasa perlu disanggul.

“Namun saya bersyukur kerana semua kru menjalankan tugas dengan baik dan ia berjalan dengan lancar tanpa menganggu mood penggambaran saya,” katanya yang bergandingan dengan Rosyam Noor, Aqasha, Cat Farish, Shiqin Kamal, Dynas Mokhtar, Fimie Don dan ramai lagi.

Bagi yang mahu melihat Amelia cantik menggayakan kebaya, boleh saksikan drama bergenre komedi romantik terbitan Suhan Movies & Trading Sdn.Bhd arahan Idora Abd Rahman dengan skrip ditulis oleh Nieza Nahar ini pada setiap Isnin hingga khamis, jam 10 malam di saluran Asro Ria HD (104) dan Astro Ria (124) .

Gaya Amelia
Setiap Isnin hingga Khamis.

Artikel Lain: Fesyen Pelik Uyaina Arshad Dalam Drama Love Elsa

27 thoughts on “Gaya Amelia Berkebaya Dalam Cik Ayu Mee Sanggul”

  1. Menarik filem ni.. this is one of my favorite genre .. Boleh tengok ni.. 🙂 famous fesyen ni time zaman my persekolahan… almost all teachers wearing this.. something we proud of…

    Reply
  2. Kebaya ni kalau digayakan memang lawa kak. Kita yang perempuan pun suka tengok wanita lain berkebaya. Rasa tradisional tu kuat dan anggun je si pemakai kan? Tambahan Amelia yang pakai. Letoppsss

    Reply
  3. Haritu tengok sekali je kat youtube ternampak, pastu takde dah tengok lagi.. banyak tinggal dah ni.. tapi kebaya rumah kebaya tu memang cantikk.. design dia semua exklusif.. body slim pakai kebaya, memang cun…

    Reply

Leave a Comment

error: Content is protected !!