Tanam Pokok| Seramai 150 peserta yang terdiri dari Ahli Lembaga Pengarah AEON Mall, Warga Kerja Aeon, Komuniti setempat, blogger termasuk 30 pelajar dari The Japanese School Of Kuala Lumpur hadir seawal pagi di AEON Mall Kl Midtown untuk acara tanam pokok. Ini adalah bersempena dengan pembukaan cawangan ke 28 AEON Mall di KL Midtown yang dibuka secara rasmi kepada orang ramai 5 November nanti.
Biarpun bangun seawal pagi untuk ke sini pada hujung minggu, namun tidak membataskan keterujaan masing-masing yang begitu bersemangat untuk berkebun. Majlis yang dimulakan dengan kata aluan Emcee, diikuti bacaan doa serta ucapan daripada wakil Ahli Lembaga AEON.

Sebelum acara tanam pokok, peserta juga diberi penerangan bagaimana untuk menanam pokok, bermula dengan membuka bag dan kemudianya ditanam mengikut lubang disediakan. Tak sampai sejam, 1,500 pokok renek yang disediakan telah berjaya ditanam di kawasan sekitar.
Tanam Pokok Indahkan AEON Mall KL Midtown
Usaha penanaman pokok ini juga adalah sebahagian daripada usaha AEON CO. (M) BHD. (“AEON”) meneruskan komitmennya terhadap kelestarian alam sekitar menerusi Program AEON Hometown Forest di AEON Mall KL Midtown.
Program ini mencerminkan komitmen berterusan AEON terhadap pemuliharaan alam sekitar serta falsafahnya untuk mengejar keamanan dengan pelanggan sebagai titik permulaan, menghormati insan dan menyumbang kepada komuniti setempat.
Program penanaman pokok hari ini merupakan sebahagian daripada usaha landskap yang lebih besar di seluruh AEON Mall KL Midtown. Kehijauan ini bertujuan untuk menyerikan kawasan sekitar pusat beli-belah serta mewujudkan suasana yang lebih selesa untuk pengunjung dan komuniti setempat.

Tarikan Di Sini Untuk Pengunjung
Elemen kelestarian turut diterapkan dalam pembangunan pusat beli-belah ini. AEON Mall KL Midtown menempati bangunan yang memperoleh pensijilan GreenRE Gold, dilengkapi sistem penyejukan cekap tenaga, sistem penuaian air hujan serta kelengkapan penjimatan air. Pusat beli-belah ini turut menampilkan taman linear di atas bumbung seluas 1.5 ekar yang menghadirkan ruang hijau di tengah-tengah persekitaran bandar.
Baca Juga :AEON MALL Eco Journey 2026, Didik Masyarakat Amal Gaya Hidup Lestari
Melalui usaha ini, AEON berhasrat mewujudkan pusat beli-belah yang menawarkan lebih daripada sekadar pengalaman membeli-belah, dengan menyediakan persekitaran mesra untuk orang ramai berkumpul, meluangkan masa bersama keluarga dan rakan, serta lebih dekat dengan alam semula jadi.

Program AEON Hometown Forest di AEON Mall KL Midtown memperkukuh usaha berterusan AEON dalam menyokong kelestarian alam sekitar, di samping menggalakkan penyertaan komuniti dalam membina masa depan yang lebih hijau.
Pihak AEON Mall sentiasa komited menyediakan prasarana lengkap untuk kemudahan pengunjung yang telah menjadikan AEON Mall sebagai gedung beli belah keluarga yang menyeronokkan. Jadi bagi yang berkelapangan, boleh datang ke AEON Mall KL Midtown sempena pembukaan rasminya nanti pada 5 November 2026. Sudah pasti pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung setia pada Gedung Beli Belah Keluarga kesayangan ramai ini. So Save The Date ye





