Fly High Education Centre | Sebagai ibu bapa, kita semestinya mahu berikan yang terbaik untuk anak-anak. Lebih-lebih lagi dalam bidang pelajaran sebagai bekalan untuk mereka di masa hadapan. Justeru apabila mengetahui anak-anak berhadapan dengan peperiksaan besar ketika di sekolah rendah, contohnya Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) sudah tentu ibu bapa menitik beratkan persiapan bagaimana menghadapi ujian berkenaan.
Jangankan kata anak-anak, ibu bapa juga turut cemas melihat soalan UPKK yang perlu dijawab dalam dewan peperiksaan. Oleh sebab itu persiapan awal penting bagi memastikan segala soalan yang datang dapat dijawab mengikut skema jawapan.
Dan salah satu yang perlu ibu bapa tekankan adalah mencari guru atau tenaga pengajar yang faham selok belok cara menjawab soalan UPKK membabitkan subjek Akidah, Ibadah, Sirah, Jawi, Khat, Adab sampai ke PCHI dan UTH yang sebenar mengikut skema jawapan.
Tak perlu risau nak cari di mana figura hebat yang boleh membantu anak-anak, Fly High Education Centre menyediakan tenaga pengajar yang sangat berpengalaman dalam menghadapi peperiksaan UPKK ini. Figura ini tak lain tak bukan adalah AlFadhil Ustaz Azhari Sulaiman Al Haj atau lebih mesra dipanggil ABI oleh pelajar-pelajarnya.

Ustaz Azhari merupakan Guru Ikon yang sangat berpengalaman dalam mendildik dan membimbing secara eksklusif pelajar mendapat kejayaan cemerlang dalam UPKK.
Beliau berpendidikan dalam bidang Diploma Pengajian Islam (Bahasa & Kesusasteraan Arab) dan juga pemegang Diploma Pendidikan di üniversiti berkaitan.
Ustaz yang dipanggil ABI oleh pelajarnya ini juga merupakan Dekan Fakulti Agama dan Menjadi Guru Besar SRAPP dari tahun 2019 hingga kini. Juga merupakan Mudarrib Cemerlang Negeri Selangor dan juga seorang Guru Besar yang amat dihormati.
Kepakarannya dalam menganalisis soalan-soalan UPKK dan PSRA secara tepat, berdasarkan kefahaman sebenar pelajar. Pendekatan beliau yang lebih santai, logik dan berasaskan konsep “Faham, Bukan Hafal” menjadikan setiap kelas beliau ditunggu-tunggu oleh pelajar dan ibu bapa seluruh Malaysia.
Melihat dari sisi pencapaiannya, banyak yang telah diperoleh. Di bawah ini disenaraikan pencapaian terbaik beliau.
Pencapaian Ustaz Azhari
- Anugerah Guru Tetap Cemerlang Daerah Sepang
- Sekolah Rendah Agama Cemerlang Selangor
- Sekolah Cemerlang Peperiksaan UPKK Selangor
- Sekolah Cemerlang Peperiksaan PSRA Daerah Sepang
- Sekolah Cemerlang Peperiksaan UPKK Daerah Sepang
- Johan Kamil SRA Keseluruhan Daerah Sepang
- Sekolah Cemerlang Peperiksaan PSRA Daerah K. Langat
- Sekolah Cemerlang Peperiksaan UPKK Daerah K. Langat
- Anugerah Guru Besar SRA Inovatif Daerah Langat
- Anugerah SRA Cemerlang Negeri Selangor
- Anugerah Pencapaian GPS Terbaik Pelajaran Lughah Quran & Adam UPKK 2021 Terbaik

Kerjasama Dengan Fly High Education Centre
Kejayaan cemerlang yang diraih setiap pelajarnya juga bukan datang sekelip mata. Kelas bimbingan eksklusif ini adalah dengan kerjasama Fly High Education dengan menyediakan seminar, bengkel dan kelas ulangkaji UPKK seluruh Malaysia. Setiap tahun, mereka bekerjasama dengan ABI untuk membantu calon UPKK memahami format peperiksaan sebenar, teknik menjawab dan cara skor 9A. Program ini dijalankan secara fizikal dan juga kelas online supaya pelajar dari mana-mana negeri pun boleh sertai dengan mudah.
Testimoni Pelajar
Seperti tahun-tahun sebelumnya, tahun 2025 juga memperlihatkan kejayaan Ustaz ABI dalam memberikan yang terbaik untuk pelajar-pelajar menghadapi peperiksaan yang baru berakhir baru-baru ini. Rata-rata sama ada ibu bapa atau pelajar memberikan respon yang sangat baik dengan pengajaran diberikan. Malah ada yang tersenyum gembira kerana soalan target yang diberikan keluar dalam peperiksaan.
Testimoni 1
Alhamdulillah
Anak saya pun bagi feedback
Banyak soalan Ustaz Abi keluar hari ini.
Thank you Ustaz Abi and Fly High team
Semoga Mumtaz semua calon² PSRA 2025.
Aamiin YRA
Testimoni 2
Alhamdulillah anak saya beli modul, join Bengkel Tembakan Mumtaz & Last Minute PSRA ni. Syukur sangat
Apa pun semoga Allah mudahkan semua urusan ibu bapa, Abi, barisan admin & pihak pengurusan
Testimoni 3
Sy Dr anak pertama Smpai anak ke 3, MMG tak boleh tertinggal kelas last minute ABI, kira da jd wajib join, sebab tau Dr ank pertama LG, MMG byk membntu..Dr pengalaman MMG UTK bahan nk print tu MMG Abi BG lambat sebab mcm yg admin ckp..
Testimoni 4
Alhamdulillah
Saya agree dgn puan…
Ni anak pertama saya, and based on upkk experience, alhamdulillah, mmg banyak bantu.
Out of expectation kami result anak ni sebab anak saya banyak main and last minute sgt baru dtg wahyu nak belajar dia
Thank you Ustaz Abi & Fly High team
Owh, and could be, kaedah pengajaran/penyampaian Ustaz Abi juga faktor anak lebih mudah faham.
Semoga yang baik² utk Ustaz Abi dan kita semua demi kecemerlangan anak² kesayangan kita. Aamiin
Testimoni 5
Alhamdulillah semalam bagi subjek Akhlak Sirah, banyak masuk dari soalan target bimbingan Abi
Target banyak berdasarkan 3 Set Soalan Pilihan yang Abi rumuskan dalam modul Abi.
Pengalaman Pelajar UPKK
Memang tidak dinafikan kredibiliti Ustaz Azhari atau Ustaz ABI dalam melahirkan pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan UPKK terdahulu menjadikan beliau jadi pilihan sebagai rujukan sebelum menghadapi peperiksaan.
Bukan seorang dua pelajar yang berjaya mendapat keputusan cemerlang, malah ramai yang menzahirkan ucapan terima kasih kepada Ustaz ABI yang membimbing mereka hingga mencapai kejayaan gemilang.
Ustaz ABI melalui Fly High Education Centre bukan saja mampu merealisasikan anak-anak untuk mendapat keputusan UPKK terbaik, tetapi juga membuat ibu bapa tersenyum melihat kejayaan anak-anak. Mereka sangat berterima kasih kepada Ustaz ABI dan Fly High Education Centre kerana dapat menjawab teknik soalan berkesan.
Bukan itu saja, pelajar juga turut memberitahu pengisian kelas yang mudah difahami dan sangat membantu untuk menjawab soalan peperiksaan. Biarpun pembelajaran melalui platform online tetapi rata-rata dapat mempelajari semua subjek dengan berkesan. Fly High juga turut berkongsi tips dan ilmu bagi membolehkan pelajar faham apa yang diajar tenaga pengajar.
Cara Daftar Kelas
Bagi ibu ayah yang mahu anak-anak yang juga calon UPKK 2025 masih belum terlambat untuk menyertai kelas online yang dijalankan oleh Fly High Education Centre bersama Ustaz ABI ini. Ibu Ayah yang berminat boleh mendaftar terus melalui talian WhatsApp seperti tertera di bawah. Turut menawarkan kelas secara Online hanya dengan serendah RM4
- Wasap.my/60105093732
- Wasap.my/60108158408
- Wasap.my/60105403732
- Wasap.my/601111228059

Kelas Lokasi Terpilih
Sooo jangan lupa untuk ibu ayah membenarkan anak-anak menyertai dua kelas dalam masa terdekat iaitu pada 19 Oktober (Jelajah UPKK di UKM Bangi) dan 20 Oktober pula untuk Kelas UPKK harga RAHMAH RM50 dan Bonus kelas PERCUMA 20 dan 22 Oktober 2025. Jangan ketinggalan untuk menyertainya dan rasai sendiri pengalaman pembelajaran menyeronokkan bersama Ustaz ABI Penganalisis Soalan Terbaik dan Fly High Education Centre

Kisah Kejayaan Pelajar
Dan ini pula antara kisah kejayaan pelajar yang telah mendapat kejayaan cemerlang dalam peperiksaan UPKK yang lepas. Rata-rata melahirkan rasa syukur dan berterima kasih dengan bimbingan daripada Ustaz ABI dan Fly High menjadikan impian mereka terlaksana.



Baca Juga: Melatih Anak Sifat Kepimpinan. Tugas Ibu Atau Ayah!




