IDEAS 2025 | Pertama kali menganjurkan majlis Islamic Distinguished Enterprise Award pada 2023 lalu bertujuan untuk menyuntik semangat bagaimana dunia keusahawanan terus memberi inovasi dengan menerapkan etika agama dan spiritual dalam mengembangkan produk diusahakan.
IDEAS 2025 yang dianjuurkan oleh Muslim Insiders Chamber of Commerce dengan kerjasama strategik KNKV Group bagi menghargai oganisasi yang menunjukkan kepimpinan, inovasi dan komitmen terhadap nilai-nilai Islam dalam amalan perniagaan sert penyampaian kandungan
Dan malam tadi sekali lagi penganjuran IDEAS 2025 edisi kali kedua telah berjaya mengiktiraf mereka yang terbabit dalam dunia perniagaan berteraskan prinsip perniagaan moden dengan etika Islam yang moden. Hasrat ini sejajar dengan niat pihak penganjur untuk mencapai matlamat mewujudkan usahawan yang cemerlang dalam mengembangkan syarikat masing-masing.
Majlis edisi kali ini berlangsung penuh meriah di Hote Meridian Putrajaya yang turut dihadiri pemain industri dari pelbagai negara, ada dari Singapura, Australia dan juga China. Majlis yang menghimpunkan tokoh industri dari dalam dan luar negara termasuk penerima anugerah antarabangsa yang menjadikan anugerah ini medan pengiktirafan dunia kepada syarikat yang menggabungkan prinsip perniagaan moden dengan etika Islam.

Dengan pendekatan menyeluruh yang menekankan ketelusan, tanggungjawab sosial dan nilai Islam sebagai tunjang utama, IDEA Award 2025 bukan sekadar satu malam anugerah, tetapi satu gerakan kebangkitan ekonomi ummah.
Semua hadir bersatu bukan kerana bisnes semata-mata, tetapi kerana satu visi: membina ekonomi ummah yang telus, adil dan berintegriti. Apa yang menjadikan acara ini lebih bermakna ialah ia bukan digerakkan oleh satu entiti biasa-biasa.
IDEAS 2025 Turut Disertai CTOS Sebagai Rakan Strategik
Diterajui oleh KNKV Group dan diiktiraf rasmi oleh Dewan Perniagaan Muslim Insiders, IDEA 2025 mendapat sokongan kuat dari pelbagai rakan strategik yang memainkan peranan masing-masing secara bersepadu.
CTOS Digital Berhad terlibat sebagai rakan semakan kewangan, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) pula membawa peranan intelektual dan akademik, firma guaman Hafarizam, Wan & Aisha Mubarak (HWAM) memastikan aspek perundangan tidak dipinggirkan, dan tidak ketinggalan, Yayasan Mihrab sebagai rakan kebajikan yang menyuntik unsur kemanusiaan dalam acara prestij ini.
Kalau biasanya acara anugerah sekadar penghargaan semata-mata, IDEA 2025 ini meraikan pencapaian syarikat-syarikat yang bukan saja cemerlang dari segi keuntungan, tetapi juga dalam melaksanakan tanggungjawab sosial dan mengamalkan prinsip Islam secara konsisten.

Antara nama besar yang diraikan tahun ini termasuklah Muslim Pro dari Singapura, Human Appeal dari Australia, dan syarikat gergasi teknologi, ZTE dari China. Bukti bahawa etika Islam dalam perniagaan kini sudah jadi perhatian global.
Presiden Dewan Perniagaan Muslim Insiders, Prof (Adj) Adam Richman, menekankan bahawa anugerah ini bukan sekadar simbolik. Ia adalah satu dorongan untuk lebih banyak syarikat tampil berani mengadaptasi prinsip Syariah dalam operasi mereka.
Jaringan Keusahawanan Islamik
Menariknya, penggunaan sistem semakan CTOS dalam proses penjurian disebut sebagai satu langkah yang selari dengan konsep tabayyun. Dan ini yang menjadi cabaran bagi setiap pemain industri untuk memastikan produk masing-masing berlandaskan Syariah.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat yang cukup berwibawa, termasuklah Yang Amat Mulia Tunku Laksamana Negeri Sembilan, Tunku Dato’ Seri Utama Naquiyuddin ibni Almarhum Tuanku Ja’afar.
Hadirin dari pelbagai latar belakang, baik dari sektor awam, swasta, mahupun NGO, menambah dimensi kebersamaan dalam acara ini, menjadikan ia bukan saja satu malam penghargaan, tetapi satu jaringan keusahawanan Islamik yang kuat dan relevan di peringkat serantau.

Pendek kata, IDEA 2025 bukan sekadar sebuah anugerah. Ia adalah gerakan kebangkitan ekonomi Islam yang segar dan progresif. Dalam dunia yang semakin mencabar dengan pelbagai isu ketidaktelusan dan amalan tidak beretika, kehadiran platform seperti ini adalah seperti oase dalam padang pasir.
Untuk majlis edisi kedua ini sebanyak lima kategori anugerah diperkenalkan iaitu Crown of Commerce Brand Award, Distinguished Halal Brand Award, Distinguished Everlast Brand Award, Distinguished Consumer Confidence Award dan Distinguished Quality Product Award.
Diharapkan IDEAS 2025 ini terus menjadi simbol kebangkitan ekonomi ummah dengan menekankan ketelusan, tanggungjawab sosial dan inlay agama Islam sebagai teras utama.

Teedo Hotel Turut Terima Anugerah
Dalam pada itu, salah seorang penerima award bagi Distinguished Consumer Confidence Award, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid yang merupakan pemilik Teedo Hotel mengucapkan terima kasih kepada penganjur yang memilih mereka bagi menerima anugerah sangat bermakna ini.
Menurut Nurul, Teedo Hotel adalah diibaratkan seperti bayi pertama beliau dan suami. Walaupun hanya sekadar tiga bintang, tetapi penuh jiwa. Biarpun bercita-cita tinggi tetapi beliau masih berpijak di bumi yang nyata.
Anugerah yang diberi ini menjadi pemangkin semangat untuknya terus kuat bekerja bagi memastikan Teedo Hotel yang membawa maksud Sleep ini terus menjadi pilihan pengunjung yang datang ke Kuala Lumpur dan terus memastikan keselesaan untuk mereka yang menginap di sini.

Baca Juga: 5 Tips Apabila Mencari Syarikat Tukang Rumah Di KL




