Raikan Kemeriahan Cerita Raya 2026 Di AEON Mall

Cerita Raya 2026 | Tak lengkap rasanya persiapan dalam menyambut Syawal tanpa berkunjung ke gedung beli belah terkemuka AEON MALL yang ada di seluruh negara. Bukannya sekadar mendapatkan barangan keperluan untuk meraikan Aidilfitri kali ini, tetapi semangat untuk menyambutnya bersama keluarga tersayang lebih diutamakan.

AEON MALL menghidupkan semangat Hari Raya menerusi kempen “Cerita Raya”, sebuah keraian penuh warna-warni yang diinspirasikan oleh kekayaan budaya, warisan, serta flora tropika Malaysia, dengan kolaborasi khas bersama Tourism Malaysia.

Hiasan Dekorasi Indah

Di seluruh AEON MALL di Malaysia pengunjung akan disambut dengan dekorasi perayaan yang memukau, dihiasi elemen ikonik Malaysia. Gabungan seni tradisional, inspirasi bunga-bungaan tropika serta estetika Raya yang unik menjadikan setiap ruang pusat membeli-belah ini terasa lebih hidup dan penuh cerita.

Suasana ini bukan sahaja memberikan pengalaman membeli-belah yang istimewa, malah mengajak pengunjung menikmati perjalanan budaya yang autentik sepanjang musim perayaan. Bukan itu sahaja yang mahu mengabadikan kenanangan atau OOTD Raya disediakan ruang hiasan yang cukup indah dan menarik.

Kemunculan Istimewa Maskot Wira & Manja

Bagi menambah keseronokan sepanjang kempen ini, para pengunjung juga berpeluang bertemu secara eksklusif dengan maskot kesayangan AEON MALL iaitu Wira dan Manja.

Kemunculan mereka di beberapa lokasi AEON MALL pasti menceriakan suasana, terutama buat kanak-kanak dan keluarga yang datang berkunjung untuk membeli keperluan Raya.

cerita raya 2026

Baca Juga: AEON Lancar Jenama In-House Lebih Trendy & Stailo

Istimewa Ganjaran Eksklusif – Cerita Raya 2026

Bagi melengkapkan pengalaman membeli-belah Raya, AEON MALL turut memperkenalkan Cerita Raya Special Edition Premium Redemptions yang menampilkan kolaborasi eksklusif bersama jenama usahawan tempatan Bayu Somerset.

Antara barangan eksklusif yang boleh ditebus oleh pembeli termasuk:

Cerita Raya Pouch Bag (Edisi Terhad)

  • Tebusan dengan pembelian minimum RM800 (AEON Member / UOB Membercard)
  • RM1000 untuk bukan ahli

Cerita Raya Floral Charms

  • Tebusan dengan pembelian minimum RM600 (AEON Member / UOB Membercard)
  • RM800 untuk bukan ahli

Cerita Raya Money Packets

  • Tebusan dengan pembelian minimum RM150 (AEON Member / UOB Membercard)
  • RM250 untuk bukan ahli
cerita raya 2026

Kolaborasi Muzik Cerita Raya Bersama Bunga

Sebagai sentuhan moden kepada kempen ini, AEON MALL turut bekerjasama dengan Sony Music Entertainment untuk menghasilkan video muzik Cerita Raya bersama artis Malaysia, Bunga.

Bagi mendekatkan lagi peminat dengan artis ini, satu promo tour khas akan berlangsung di beberapa AEON MALL terpilih. Ia bakal menampilkan persembahan muzik, interaksi bersama peminat dan pelbagai aktiviti menarik yang menyemarakkan suasana perayaan.

Aktiviti Menarik Lain

Dari 22 Februari hingga 29 Mac 2026, pengunjung boleh menyertai pelbagai aktiviti menarik dalam program Riuh Raya, antaranya:

  • Mochi Parade yang comel dan menghiburkan
  • Persembahan tradisional seperti gamelan
  • Persembahan kuda kepang
  • Pelbagai persembahan budaya yang meraikan warisan Malaysia
cerita raya 2026

Gabungan aktiviti ini menjadikan AEON MALL bukan sekadar destinasi membeli-belah, tetapi juga ruang untuk menghayati keindahan tradisi tempatan.

MidNight Sale Tarikan Pengunjung

Bagi mereka yang gemar memburu tawaran hebat, jangan lepaskan peluang menghadiri Cerita Raya 2026 Midnight Salepada 14 Mac 2026.

Jualan istimewa ini akan berlangsung di beberapa lokasi AEON MALL berikut:

  • AEON MALL Kota Bharu
  • AEON MALL Kuching Central
  • AEON MALL Seri Manjung
  • AEON MALL Nilai
  • AEON MALL Shah Alam
  • AEON MALL Tebrau City

Dengan waktu membeli-belah yang dilanjutkan, pengunjung mempunyai lebih masa untuk mencari keperluan Raya, menikmati promosi menarik serta merasai suasana membeli-belah tengah malam yang penuh meriah.

cerita raya 2026

Rayakan Cerita Raya Bersama Tersayang

Kempen Cerita Raya 2026 ini bukan sekadar tentang membeli-belah, tetapi tentang meraikan cerita, tradisi dan keindahan budaya Malaysia.

Dari dekorasi yang memukau, ganjaran eksklusif, persembahan budaya sehingga ke aktiviti muzik dan jualan tengah malam. Semuanya digabungkan untuk mencipta pengalaman Raya yang benar-benar istimewa buat seluruh keluarga.

Raikan kemeriahan Raya bersama AEON MALL Cerita Raya 2026 , di mana budaya, kegembiraan dan momen membeli-belah bertemu dalam satu sambutan Malaysia yang tidak dapat dilupakan.

Untuk keterangan lanjut, boleh layari
Laman Web: www.aeonmallmy.com
Facebook: https://aeonmall.my/
Instagram: @aeonmallmalaysia

Leave a Comment

error: Content is protected !!