AEON Mall Bukit Tinggi | Bersempena sambutan Tahun Baru Cina, AEON MALL sekali lagi meneruskan tradisi menyantuni komuniti menerusi program Prosperity Blossom. Satu inisiatif bermakna yang menggabungkan warisan budaya dengan tanggungjawab sosial korporat (CSR).
Program istimewa ini telah berlangsung meriah di AEON MALL Bukit Tinggi, sekaligus mencipta impak positif kepada masyarakat setempat, khususnya golongan pelajar. Malah turut memberi kelebihan pada pengunjung yang berkunjung ke tapak CNY ini.
Baca Juga: Rai Prosperity Blossom Sambut CNY 2026 Di AEON Mall

Dalam majlis yang diadakan baru-baru ini turut meraikan Majlis Sumbangan Kepala Singa, di mana sebanyak sembilan (9) persatuan tarian singa sekolah dan pertubuhan menerima kepala singa baharu sebagai tanda sokongan terhadap usaha memelihara seni budaya tradisional.
Antara penerima sumbangan termasuk:
- Jing Sun Welfare Society
- Ti-Ratana Welfare Society Malaysia
- Hin Hua High School
- Kuen Cheng High School
- Catholic High School, Petaling Jaya
- Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Bukit Maluri
- Sekolah Menengah Kebangsaan Sinar Bintang, Kuala Lumpur
- Khuan Loke Dragon & Lion Dance Association Malaysia
- Hong Yi Dragon and Lion Dance Association
Sebelum itu majlis dimulakan dengan Upacara Titik Mata Singa (Lion Head Dotting Ceremony) yang penuh simbolik dan keberkatan.
Upacara bermakna ini telah disempurnakan oleh pihak AEON MALL bersama enam rakan penaja utama iaitu The Film Engine, Toy World Malaysia, Poh Kong, ITSU, Souper Tang dan Hock Kee, sebagai lambang kemakmuran, kerjasama erat dan nilai kebersamaan.

Inisiatif Untuk Generasi Muda
Jika dilihat pada majlis ini, sumbangan kepala singa ini bukan sekadar simbolik, malah membawa tujuan yang lebih besar. Inisiatif ini bertujuan adalah untuk:
- Menyokong kesinambungan amalan budaya tradisional tarian singa
- Menggalakkan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum
- Mengurangkan kekangan kewangan yang dihadapi oleh persatuan sekolah
- Membentuk generasi muda yang berdisiplin, berkeyakinan dan bersemangat kerja berpasukan

Komitmen CSR AEON MALL Bukit Tinggi Untuk Komuniti
Program Prosperity Blossom mencerminkan komitmen berterusan AEON MALL sebagai warga korporat yang bertanggungjawab. Di AEON MALL Bukit Tinggi khususnya, inisiatif ini menjadi platform penting dalam menyatukan komuniti melalui aktiviti bermakna yang berteraskan budaya, pendidikan dan pembangunan belia. Dengan kerjasama para penyewa dan rakan niaga, usaha ini berjaya mewujudkan impak komuniti yang positif dan mampan, khususnya pada musim perayaan yang penuh makna.
Pendekatan oleh AEON MALL Bukit Tinggi ini bukan sahaja mengeratkan hubungan antara pusat membeli-belah dan masyarakat setempat. Malah turut memberi peluang kepada generasi muda untuk terus menghargai serta meneruskan seni budaya tradisional seperti tarian singa yang menjadi identiti masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
Inisiatif ini sekaligus mengukuhkan peranan AEON MALL Bukit Tinggi sebagai hab komuniti yang aktif, prihatin dan dekat di hati masyarakat. Dan inilah yang menjadikan AEON Mall Bukit Tinggi sentiasa menjadi pilihan pengunjung untuk setiap musim perayaan.

Baca Juga: Himpunan 1007 SUPERMAN Dibawakan AEON Mall Diiktiraf MBOR




