Drama Shakira TV3, Janna Nick Jadi Penyanyi

Drama Shakira TV3 yang sedang bersiaran kini menampilkan pelakon yang baru menang title Bintang Paling Popular ABPBH 2021 lalu, Janna Nick dengan memberi sedikit kelainan.

Sebelum ini memang kita tahu Janna memang boleh menyanyi dengan membuat single lagi berjudul Mungkin Saja dan Akan Bercinta.

Tetapi kali ini drama berkisar bagaimana Janna Nick membawakan watak sebagai seorang penyanyi mewarnai slot drama Akasia terbaru bagi tirai 2022 di TV3.

Agak berlainan watak dilakonan Janna dalam drama ini, ternyata Janna memberikan sepenuh komitmen dalam menjayakan watak diberi.

Artikel Lain: Stok Ubat Perlu Ada Di Rumah Musim Covid-19

Kali ini Janna digandingkan dengan aktor Shukri Yahaya serta penyanyi Khai Baha yang turut diberi peluang menjayakan drama Shakira yang mempunyai 29 episod.

ma Shakira TV3

Drama Shakira mengisahkan watak Shakira yang terpaksa berhenti kolej untuk menjaga adiknya yang mempunyai masalah mental. Ini berikutan adik Shakira telah kelingan bayinya.

Di sinilah bermula perjalanan cerita apabila Shakira bertemu dengan Amir. Pada mulanya mereka bersifat tegang antara satu sama lain dan lama-kelamaan rasa cinta mula berputik.

Baru perasaan cinta mula timbul, bekas tunang Amir iaitu Anita muncul dan mahukan Amir kembali. Maka jadilah cinta tiga segi antara mereka.

Dapatkan Amir mengejar cinta Shakira? Bagaimana pula dengan adik Shakira yang mempunyai masalah mental tersebut. Apa pula yang Anita akan buat pada Shakira? Kena tonton drama ini nanti.

Ekstra Info Drama Shakira TV3:

Episod : 29
Tayangan : Slot Akasia TV3 dan iQIYI Malaysia
Pengarah : Idora Abdul Rahman
Penulis Skrip : Zarihah Hassan dan Zuraida Ramli
Penerbit : Saiful Bahri Alias
Produksi : Wiranusa Corporation Sdn. Bhd.

Antara pelakon lain yang turut membarisi drama Shakira ini selain Janna Nick, Shukri Yahaya dan Khai Bahar, adalah Syerinie Myra, Ramona Zamzam, Marisa Yasmin, Melissa Wafa, Edika Yusof dan ramai lagi.

  • Janna Nick sebagai Shakira
  • Shukri Yahaya sebagai Amir
  • Khai Bahar sebagai Irdi
  • Syerinie Myra sebagai Anita
  • Ramona Zam Zam sebagai Kartimi
  • Marisa Yasmin sebagai Aida
  • Melissa Wafa sebagai Yanie
  • Wan Nor Azlin sebagai Kalsom
Drama Shakira TV3

Artikel Lain: Fesyen Pelik Uyaina Arshad Dalam Drama Love Elsa

5 thoughts on “Drama Shakira TV3, Janna Nick Jadi Penyanyi

Leave a Reply

Your email address will not be published.