Cara Pikat Hati Suami, Rahsia Kekal Bahagia

Cara pikat hati suami yang sedang dalam keadaan marah. Jangan terus dibiarkan perkara ini kerana amukan mereka boleh membunuh dan merobohkan institusi rumahtanga.

Tidak dinafikan amukan seorang suami yang memang cukup menakutkan. Pernah tak terfikir kita akan berdepan dengan situasi ini. Bayangkan orang yang kita kahwin disebabkan cinta berubah jadi seorang yang tak pernah kita kenali sebelumnya.

Entri ini sis tulis tujuh lapan tahun lalu ketika sedang membaca paper (ketika itu setiap minggu memang akan beli) untuk mengetahhi perkembangan terkini dalam dan luar negeri. Tidak lagi kini kerana boleh lihat melalui gajet saja.

Artikel Lain: Kad Kahwin Nostalgia Klasik Paling Indah

Memang cukup ngeri pagi tadi melihat heading muka depan Harian Metro yang menceritakan bagaimana seorang wanita patah tulang hidung manakala bayinya yang berusia tiga bulan menerima rawatan kerana dikhuatiri mengalami gegaran otak.

Ini adalah gara-gara amukan seorang suami yang naik minyak selepas kecurangan dengan wanita lain terbongkar.

Oh! Sis mengucap panjang. Dalam hati berkata-kata ‘gila ke lelaki ini’ sanggup cederakan teman tidurnya. Apakah malang wanita ini yang bersuamikan lelaki yang tidak sedar diri.

Apakah ini yang dikatakan jodoh? Atau mungkin memang sebelum kahwin kedua-duanya saling cinta mencintai.

cara pikat hati suami

Amukan Seorang Lelaki, Pemusnah Segala

Zaman sekarang rasanya cinta tak boleh bawa ke mana. Tanpa ada duit cinta bagai nak rak pun tak berguna. Apa yang penting kenali dulu sifatnya sebelum itu. Boleh je buat beberapa ujian mudah.

Bagi sis lelaki ini kalau dia dah gatal, susah untuk ditundukkan semula. Ermmmm lebih-lebih lagi yang nak memasuki angka 40-an. Kata orang life beginning @ 40. Itulah yang terjadi jika cinta tak disengajakan datang selepas usia 40.

Ah! Itu hanya dakwaan kosong yang tidak berasas. Jika sudah saling menyayangi, kenapa seseorang lelaki itu mahu berpaling arah mencari cinta hati lain.

Mahu cari penyakit namanya. Sis rasa jika lelaki itu mahu bercinta sekalipun, jangan lampias emosi marah itu pada isteri dan anak.

Artikel Lain: Sukan Bowling, Aktiviti Santai Paling Dirindu

Mereka tidak bersalah terutama bayi yang berusia tiga bulan itu. Apalah dosa dan si kecil itu tahu apa yang terjadi antara ibu bapanya.

Dalam menyusuri rumahtangga masuk tahun ke 13 ini (ketika artikel ini ditulis 7 tahun lalu), sis sentiasa berdoa dan mengharapkan yang terbaik dalam hubungan kami. Malu rasanya jika bergaduh depan anak-anak, apatah lagi mereka kian meningkat dewasa.

Seseorang lelaki itu mungkin tidak akan berpaling pada orang lain sekiranya kehendaknya dituruti. Tidak susah sebenarnya mahu membuatkan mereka setia pada kita.

cara pikat hati suami

Ikat Perut Dengan Masakan

Jika tangan ibu ini yang menghayun buaian boleh mengoncang dunia, tidak mustahil juga dengan tangan ibu ini juga mampu mengusap lembut hati lelaki. Caranya, mudah sahaja..ikat perut mereka dengan makanan yang hebat serta layanan setanding raja. Inilah dikatakan resepi pikat hati suami paling legend.

Namun berita wanita yang ditindas, didera dan diperlakukan seperti binatang ini memang sering dipaparkan di media. Lagi-lagi di zaman semua info di hujung jari.

Artikel Lain: Resepi Carbonara Asli Spaghetti, Rasa Memang Power

Makin lama makin banyak kes yang kita ketahui. Ish! Sis mahu ingatkan anda di luar sana, sebelum kahwin, jika seseorang lelaki itu mudah naik tangan, baik tinggalkan sahaja. Usah dilayan apatah lagi mengajaknya untuk berkahwin.

Bagi sis senang sahaja, insan yang baik adalah untuk pasangan yang baik-baik sahaja. Dan selagi belum kahwin, anda berhak memilih menentukan jodoh terbaik.

Di sini sis selitkan juga beberapa tip untuk kita (yang bakal dan sudah berkahwin) cara pikat hati suami untuk dijadikan panduan bersama.

cara pikat hati suami

Ini Cara Pikat Hati Suami:

  1. Sentiasa mendengar katanya.
  2. Pastikan anda masak dan ikat perutnya dengan masakan enak.
  3. Sentiasa berkomunikasi dalam apa jua masalah.
  4. Ambil hatinya dengan membelikan hadiah, walaupun ia murah.
  5. Apa kata ajak makan malam berdua sahaja di tempat yang eksklusif.
  6. Jangan buat perkara yang tidak disukai pasangan.

Mama Reen – 26/11/2013

Artikel Berkaitan: Tips Bahagia Dengan Pasangan, Kuncinya Kena Jujur!

One thought on “Cara Pikat Hati Suami, Rahsia Kekal Bahagia

Leave a Reply

Your email address will not be published.