Bergelar Mak Pengantin, Momen Indah Untuk Dikenang

Bergelar Mak Pengantin, satu keterujaan apabila sis disuruh memegang tanggungjawab ini. Walaupun entri ini sudah lebih 10 tahun, tetapi pengalaman sepanjang bergelar Mak Pengantin satu momen cukup indah.

Dalam kesibukan menunggu PDF majalah, sis sempat menitip kata di lensa blog ini. Memang sis akui, lately ini, cukup sibuk.

Bukan kerana disebabkan urusan anak-anak kerana sekarang musim cuti sekolah (mood honeymoon lagi), tetapi kekangan lain.

Artikel Lain: Kad Kahwin Nostalgia Klasik Paling Indah

Cabaran Baru Bergelar Mak Pengantin

Nak tahu apa, sebenarnya secara rasmi sebaik sis masuk semula alam pekerjaan setelah hampir 2 minggu bercuti, sis rupanya telah ditukarkan untuk menghandle majalah baru…agak-agak majalah apa?

Pada mulanya sis disuruh untuk mengemudi sebuah majalah hebat iaitu majalah fesyen bagi wanita Muslimah. Namun setelah fikir masak-masak, belum cukup pengalaman untuk duduk di kerusi itu.

Sis lebih senang untuk membuat sesuatu yang dekat dengan hati sis. Kali ini fokus sis menjadi lebih kecil. Tatkala disuruh mengemudi majalah sebelum itu, Sifu @ Mentor kami, Kak Yati ada pesan, ‘ko beruntung kerana fokus lebih kecil. Dulu ko buat majalah skala besar dan rencam, tetapi kali ini fokus lebih kecil’.

bergelar mak pengantin
Pengalaman cukup Indah.

Artikel Lain: Tanda Suami Tak Sayang

Sis akui kata-katanya dan kini teruja menerajui majalah rujukan buat bakal mempelai no 1 di Malaysia.  Apa lagi jika bukan Pesona Pengantin. Sebenarnya 13 tahun sudah PP menjenguk pasaran dan sama usia sis bekerja di Karangkraf.

Ketepikan soal status sis (ibu kepada empat cahayamata) dan apa yang penting pengisian yang akan ditampilkan. Majalah PP ini lebih tebal dari majalah yang saya handle sebelum ini. 

Malah pengisiannya juga lebih kepada soal persiapan bakal mempelai. Mana diorang nak cari katering, lubuk baju cantik, mekap meletop, lokasi foto, gubahan hantaran, singgah sana yang terkini termasuk info rumahtangga dan paling utama info seks. Semuanya all in one dan tak payah cari rujukan di majalah lain.

Sis mula letakkan diri saya dalam majalah ini, dan sehingga entri ini ditulis, hampir setiap hari sis balik malam.

Artikel Lain: Adat Salam Cangkuk, Tradisi Masih Diamalkan

Malah hujung minggu terpaksa datang untuk menyiapkan naskhah indah ini buat bakal mempelai di luar sana. Sis korbankan segala-galanya untuk PP (untuk edisi ini) hingga anak-anak merungut ‘mama ni kenapa asyik balik lambat’ dan sidemok Aqil pula, ‘mama..ni dah pagi balik yer’. Sis hanya senyum dan waktu bersama mereka memang agak terhad.

bergelar mak pengantin
Semua dah pandai jaga diri.

Terimbau Kenangan Bergelar Raja Sehari

Mujur bb Aiman sudah tidak perlu menunggu ‘milk’ dari sis kerana sudah boleh minum botol. Dulu ketika di SDK, sis memang balik on time (kul 6 sudah pergi ke kereta)..kalau lambat pun 15 minit or setengah jam.

Namun kini segalanya sudah berubah. Walaupun balik lambat, sis sedaya upaya akan cuba masak untuk anak-anak dan En Abah (sesuatu yang simple). Sis perlu reda kerana ini adalah pilihan sis. Pendek kata tidak perlu merungut tetapi cuba cari jalan penyelesaiannya.

Buat masa ini saya masih selamat jika balik lewat kerana budak-budak sedang bercuti. Hope sis tidak alaminya untuk tahun depan.

Jauh di sudut hati, sis seronok untuk mengemudi majalah ini. Terus terimbau saat sis diijab kabulkan 12 tahun lalu. Terbayang saat membuat persiapan dan Semua House Jalan TAR menjadi destinasi pilihan wajib untuk mencari barang perkahwinan.

Bergelar mak pengantin
Momen bergelar Raja Sehari 20 tahun dulu.

Artikel Lain: Adat Salam Cangkuk, Tradisi Masih Diamalkan

Banyak lagi untuk saya ceritakan di sini, dalam entri akan datang. Yang pasti, momen itu (1492001) cukup indah untuk dikenang biarpun sudah lama berlalu.

Paling seronok kerana waktu itu masih ada arwah mak yang sama-sama bergembira di hari bahagia sis.

Semoga saya diberi kekuatan untuk terus kembali menulis di blog ini kerana curahan ide baru yang seakan mahu melimpah keluar dari kepala.

Tunggu…semuanya akan berkaitan dengan bakal persiapan menuju gerbang bahagia buat sang mempelai@pengantin@orangbaru@kerja kahwin.

bergelar mak pengantin
Majlis kahwin anak buah.

Mama Reen – 26/12/2013

Artikel Lain: Gaya Amelia Berkebaya Dalam Cik Ayu Mee Sanggul

Leave a Reply

Your email address will not be published.