Kelebihan Guna Mae Maybank, Dapat Cashback

Kelebihan Guna Mae Maybank memang sangat berbaloi. Rugi sangat sapa tak buat. Bukan kena bayar pun tapi dapat balik pulangan cashback. Walaupun nilainya tak banyak tapi bagi sis macam kegembiraan berganda.

Apabila setiap kali buat transaksi via Mae Maybank memang sis akan tunggu akan ada tak notification ‘ You’re Won’ or ‘Try Next Time’. Masa inilah hati berdebar-debar nak tahu berjaya atau tak transaksi kita ini.

Kelebihan Guna Mae Maybank
Dompet digital paling awesome.

Sis pernah je dapat RM0.50 sen, kadang-kadang RM1.00, atau RM0.80 (mengikut mana-mana tenant yang guna Mae atau QR Pay via Maybank. Tapi minggu lepas paling menggembirakan sebab sis dapat RM5.00

Masa tu sis berbelanja lebih kurang RM100++ di kedai bakery Dinda Delight. Memang selalu tak bawak cash banyak so guna je lah Mae Maybank.

Terang-terangan depan kedai ada logo ini so sis pun macam biasa gunakanlah ia. Sekali tengok cash back RM5. gembiranya hati bukan kepalang. Ini jumlah paling banyak sis dapat sepanjang guna mana-mana transaksi.

Kelebihan Guna Mae Maybank
Yeah, won.

Sebenarnya cashback ini bukan ikut kedai popular atau banyak mana kita berbelanja, tetapi lebih kepada tuah.

So sis anggap diri bertuah, kiranya macam kita dapat discount RM5 dari total pembelian di kedai berkenaan. Inilah antara kelebihan guna MAE Maybank paling best. Bagi orang lain RM5 nothing, tapi sis sangat hargainya.

Bayar Terus Pada Akaun

Cuma janganlah pulak korang pergi mintak cashback tu dengan owner kedai sebabnya cashback ini akan dibayar terus oleh pihak Maybank. Kita akan lihat dalam setiap notification transaksi.

MAE adalah singkatan kepada Maybank Anytime, Everyone. Ia sebenarnya menawarkan sokongan dompet digital untuk memudahkan transaksi nirtunai oleh anda. 

Kelebihan Guna Mae Maybank
Belanja secara cashless.

Kelebihan lain menggunakan MAE, boleh mengasingkan penggunaan wang anda berbanding akaun bank Maybank biasa – sekaligus mengelak anda daripada terlebih berbelanja – sumber amanz.my

Jadi selepas ini korang tidak perlu pun bawak cash, sebaliknya hanya guna Mae ini. Tetapi pastikan dalam Mae ada sejumlah duit kalau tidak naya. Dah beli barang sekali nak buat pembayaran tak boleh pulak. NOOO malu nanti (pernah jadi pada sis).

Apa pun aplikasi ini sebenarnya sangat sesuai dalam situasi pandemik Covid-19 yang boleh mengurangkan kita sentuhan bagi mengelak jangkitan virus yang begitu menggila angka kes terbaru setiap hari.

Artikel Lain: Cara Main Tabung Mae, Kutu Digital

Info Tambahan Kelebihan Guna Mae Maybank

  • Kena download aplikasi Mae di Android atau iPhone
  • Ikut step diberikan dan anda boleh terus buat transaksi
  • Boleh lakukan pembayaran di lebih 200 tribu peruncit seluruh negara yang tarima bajarán menggunakan Maybank QRpay
  • Boleh gunakan MAE untuk menerima wang daripada rakan-rakan, atau membuat pembayaran seperti menghantar wang kepada rakan, membayar bil, membeli tiket wayang, membuat tambah-nilai prabayar dan sebagainya.
  • Dikatakan dompet digital kerana boleh digunakan oleh semua pengguna – walaupun seseorang itu tidak mempunyai akaun Maybank.
  • Untuk mendaftar MAE, pengguna akan diminta untuk mengimbas kad pengenalan ketika proses pendaftaran, dan akaun akan diaktifkan serta-merta
  • Akaun MAE ini akan ditutup secara automatiknya selepas 90 hari jika anda tidak melakukan apa-apa aktiviti, tiada bayaran akan dikenakan.
Kelebihan Guna Mae Maybank
Download aplikasi ini.

Rupanya juga Mae boleh ditukar kepada patuh shariah. Ini step perlu anda lakukan.

  1. Log masuk Maybank2u My App, klik M (bawah kanan)
  2. Klik ikon profil (atas kiri)
  3. Klik Switch to Shariah-compliant
  4. Klik Agree & Confirm
  5. Selesai, Your MAE account will be Shariah-compliant by tomorrow – sumber thefulus.com

Artikel Lain: Melatih Anak Sifat Kepimpinan. Tugas Ibu Atau Ayah!

7 thoughts on “Kelebihan Guna Mae Maybank, Dapat Cashback

  1. I’m very happy to read this. This is the kind of manual that needs to be given and not the random misinformation that’s at the other blogs. Appreciate your sharing this greatest doc.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *