Hot Mama, Tugas Sukar Tapi Berbaloi

Hot Mama panggilan yang sangat sinonim menggambarkan diri sisi. Tapi itu dulu. Ketika anak-anak masih kecil perlukan perhatian kita mamanya. Bukan calang-calang orang boleh jadi Hot Mama sebab tak semua mampu.

Bukan sis nak mendabik dada, tetapi itu hakikatnya. Lebih-lebih lagi ketika kami dalam proses PJJ. Semua urusan kena buat sendiri dan uruskan dengan bantuan orang terdekat. Kalau tak kuat memang sukar nak lalui proses ini.

Entri ini ditulis ketika awal tahun baru 2014. Masa ini sis dah ada empat orang anak dan Aiman yang masih kecil. Bila dikenang membaca entri lama, buat sis tersenyum.

Momen itu tak mungkin berulang lagi dan hanya bermain difikiran saja. Namun sis hargai setiap perjalanan membesarkan anak-anak.

Bersama sepupu, Abang Ngah.

Besarkan Anak-anak Cara Hot Mama

Tatkala jari ini menekan papan kekunci (di Note 3), sebelah saya adalah Aiman yang nyenyak tidur. Sesekali dia merengek, mungkin kerana hidungnya mula tersumbat.

Dua lagi abangnya sudah lama lenanya. Yang seorang penat bersekolah dan seorang lagi turut penat meneman mama ke sekolah. Agak-agak sapa yer, mestilah si demok Mama, Aqil.

Apabila musim sekolah sudah kembali bermakna rutin harian sebagai mama juga kembali sibuk. Maybe tahun ini kesibukan jadi berganda kerana kakak Piqa akan hadapi UPSR.

Sis sudah merangka-rangka kelas tuisyen untuknya. Pelbagai janji juga ditabur (antaranya beli telefon) jika lulus cemerlang. Wajib kita tabur kata-kata manis sebagai pemangkin semangat.

Manakala Adam pula tampak excited kembali ke sekolah. Katanya best dan sebelum itu sibuk minta katil, nak tidur sendiri. Tetapi alih-alih dengan mama juga dia selit tempat.

Sekarang ini Adam sudah berada dalam dunia tersendiri. Tidak lagi menjadi peneman mama, kadang ajak berbual juga agak payah. Setakat senyum je lah (apabila diusik) tanda dia masih ada peraşadan.

Masing-masing dah besar.

Sebagai ibu sis perlu bijak merancang masa. Itu saya kira yang paling penting. Mana mahu berkejar balik dari kerja untuk masak, hantar budak ngaji dan juga tuisyen. Bukan itu sahaja, kerja sekolah juga mahu ditengok dan sis mahu anak-anak dapat result cemerlang.

Kongsi Kegemaran Bersama

Benar sis sedikit ‘jeles’ melihat post teman-teman di FB akhir tahun lalu. Masing-masing berkongsi kegembiraan dengan kecemerlangan anak-anak.

Walau bagaimanapun sis bersyukur kerana baik Piqa atau Adam masih mampu meneruskan persekolahan. Cuma terselit rasa gembira bila Adam beritahu dia tukar kelas yang lebih baik.

Bagi sis itu sahaja cukup bermakna walau tidak naik ke pentas. Kenangan sangat, tapi tidak berterusan apabila Adam bertukar sekolah. Masa ni silap mama.

Sis bersedia pikul tugas untuk memastikan mereka berjaya. Sis kira tahun ini fokus lebih pada anak-anak (bukan tambah anak ye)…dan biarlah sis berkorban sedikit kepentingan diri. Gitu semangat membara.

Rasanya bukan sis seorang saja akan berazam begitu, tetapi juga semua mommy di luar sana.

Rasanya macam mama je masih maintain.

Atikel Lain: Jadi Ustazah Instan Selagi Mampu. Rugi Tak Cuba!

Ini antara cabaran getir dalam tahun 2014. Dengan kos sara hidup yang makin tinggi, anak-anak perlu diajar demand.

Sis dan En. Abah sering pesan jika nak naik keta mewah, tinggal rumah besar, gaji lumayan,  makan mewah kena belajar rajin-rajin. Kalau tak jadi orang ‘biasa-biasa’ yang kerjanya juga ‘biasa-biasa’.

Semoga anak-anak ini mengerti liku-liku hidup yang makin mencabar dan akan terus menceriakan kehidupan kami sekeluarga. Tak mudah untuk hidup senang jika malas menimba ilmu.

Tetapi itu cerita 15 tahun lalu ketika masing-masing masih kecil. Sekarang sis bangga Kakak Piqa sudah melanjutkan pelajaran ke Kolej Profesional Mara (KPM) dalam bidang Biz Study. Adam dan Aqil juga sudah meniti alam remaja yang sangat mencabar (bila asyik mengadap game hingga pagi).

Dan Aiman yang mungkin agak bijak tetapi malas. Ada saja alasan untuk ponteng kelas PdPR saman pandemik Covid-19 yang melanda dunia sekarang ini. Perlu hidup dalam New Norm tetapi matlamat masih sama. Bergelar insan berjaya dunia akhirat.

Aiman, budak notty yang ceriakan mama.

Mama Reen – 3/1/2014

Artikel Lain: Minggu Kalut: Antara MH370 & Jadi Bibik Sebenar

  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *